Matlamat :
1. Menyediakan syiling dinar emas dan dirham perak.
2. Meramaikan pengguna dinar dan dirham.
3. Meramaikan wakil - wakil (wakala) dinar dirham.
4. Meramaikan usahawan dan peniaga yang menawarkan bayaran dalam dinar dan dirham.
5. Menyediakan medium elektronik dinar (etc: e-dinar ) dan mobile dinar untuk pembayaran.
Bersama - sama kita berusaha menjayakan usaha ini dengan jaringan (networking) pengguna dan usahawan.
Berita terkini :

Kaji semula idea guna dinar emas
Ogos 27, 09 2:27pm
Penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) perlu dikaji kembali dan diteruskan seperti yang pernah disarankan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.
Katanya, ramai pakar ekonomi berpendapat dinar emas perlu diguna pakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan antarabangsa kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.
"Sehubungan itu, saya mengharapkan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh Tun Dr Mahathir bagi menggunakan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC akan dikaji kembali dan boleh diteruskan," katanya dalam teks ucapannya pada majlis Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh setiausaha politiknya Shahabudin Yahya.
Saranan penggunaan dinar emas di negara ini telah dibuat oleh Dr Mahathir hampir 10 tahun yang lalu ketika krisis kejatuhan mata wang Asia pada tahun 1997 dan 1998.
Jamil Khir berkata Tabung Haji dan Pusat Zakat juga sepatutnya meneliti penggunaan dinar emas sebagai asas dalam urusan dan aktiviti mereka.
"Mekanisme simpanan berasaskan dinar emas bagi jemaah haji, contohnya, boleh dicadangkan dan diwujudkan bagi menjamin simpanan jemaah haji agar tidak susut nilai oleh spekulasi dan manipulasi sistem mata wang dunia.
"Mekanisme seumpama ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan di Indonesia di bawah kelolaan ONH (Ongkos Naik Haji)," katanya. BERNAMA

Antara ucapan perasmian Muktamar PAS 2009 .
Presiden Pas , Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang tentang Dinar Emas.
" PAS mahukan gagasan Sistem Liberal-Kapitalis lapuk yang telah memansuhkan emas sebagai sandaran utama mata wang ditinggalkan. PAS ingin mengesyorkan supaya pemimpin dunia kembali kepada Dinar Emas, bagi meletakkan struktur kewangan global berpaksikan emas dan perak untuk menangani ketidaktentuan nilai mata wang dan mengelakkan inflasi akibat perbuatan mencetak wang kertas. "
Allahu akbar ! Semoga keazaman in menjadi suatu realiti.

Daftar secara percuma samada anda pengguna atau usahawan.
Antara usaha untuk mengerakkan dinar dan dirham dalam pengedaran ialah melalui koperasi. Antara Koperasi yang ditubuhkan atas mengerakkan ekonomi dinar ialah :
1. Koperasi Dinarmas Nahkhoda Nanintan Pulau Pinang Berhad.
2. Koperasi Usahawan Emas Malaysia Berhad.
3. Koperasi Kohalal Hub Kedah Berhad - Terbaru
Berusaha untuk mewujudkan wakala sendiri dengan simpanan dinar oleh komuniti secara online dan dengan izin Allah akan mengusahakan penggunaan kad debit dinar untuk digunakan dalam rangkaian kedai - kedai Hal hub diseluruh negeri Kedah. InsyaAllah.
Bergabunglah dalam usaha ini demi menegakkan ekonomi Islam sebenar tanpa riba.
Usaha - usaha yang dilakukan di Indonesia melalui wakalanusantara.com
Umar Vadillo : Forum Ekonomi di Astana , ibu negeri Kazakhastan. Mac 2009
Direktori Sahabat Dinar
Selangor/Kuala Lumpur
Johor
Kelantan
Pulau Pinang
Pahang
Negeri Sembilan
Sabah
Perak
Kedah
Trengganu
Melaka
Perlis