Dirham dan dinar dalam muamalat Islam

Zakat Fitrah


ZAKAT FITRAH

Menunaikan zakat fitrah dengan wang fiat ??????




Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah Yang Berubah Mengikut  Zaman

Di Malaysia,  Zakat  Negeri - Negeri menentukan zakat fitrah ialah segantang beras atau RM yang senilai dengannya yang perlu dibayar kepada amil bertauliah.  Amil berhak mengambil 1/8 bahagian daripada jumlah yang dikutipnya sebagai komisen. Maka bersungguh-sungguhlah amil-amil itu dengan kreativiti masing-masing untuk mendapatkan kutipan fitrah sebanyak mungkin. Sebab itu, hari ini kita dapati setiap bulan Ramadan, amil berada dimana sahaja orang berada samada di kaki lima, depan shopping complex atau pejabat.

Menunaikan zakat fitrah dengan beras dianggap lebih afdal (lebih pahala) dan hampir kepada sunnah daripada dengan RM. Itulah yang biasa diamalkan tidak berapa lama dahulu. Apabila masyarakat bertambah maju, mereka menganggap bayaran fitrah dengan beras menyusahkan pembayar dan amil. Maka amil pun menggunakan kreativiti mereka dengan menyediakan segantang beras yang dibungkus dengan karung kertas. Seseorang yang ingin membayar fitrah dengan beras, cuma perlu membeli beras itu terlebih dahulu daripada amil mengikut harga yang ditetapkan dan beras itu kemudiannya diberikan semula kepada amil sebagai zakat fitrah. Jika seseorang itu ada sepuluh orang ahli keluarganya, dia akan membeli beras yang sama berulang-berulang sepuluh kali dan menyerahkannya kembali kepada amil sebagai zakat fitrah. Demikianlah beras sebungkus itu dijual  beratus-ratus kali dalam sehari.

Amalan membeli beras dari amil untuk membayar zakat juga sudah tidak popular dizaman sekarang. Namun ia masih terdapat dikampung-kampung. Hari ini kebanyakan orang cuma pentingkan kemudahan; maka membayar fitrah dengan wang sahaja menjadi pilihan ramai.

Tuan Guru Haji Salleh Musa  Sik Kedah saran kembali guna beras sebagai zakat fitrah :

Mengikut pendapat Imam Syafei dalam kitabnya ar-Risalah, pemberian zakat fitrah adalah lebih baik dilakukan mengikut sunnah nabi. Ia lebih baik dilakukan sebelum menunaikan solat Eid. Zakat fitrah lebih afdal diberikan terus kepada yang layak menerimanya dan lebih diutamakan jiran-jiran yang terdekatnya terutama dari golongan faqir dan miskin..  Mengikut Imam Syafei, yang layak menerima zakat fitrah hanya terdiri dari 6 asnaf saja dimana Amil dan Muallaf tidak termasuk dalam kategori tersebut. Bahan-bahan yang boleh dikeluarkan zakat fitrah pula adalah bahan-bahan asas makanan seperti beras,gandum dsbnya dan bukannya duit.



Tuan Guru Hj Salleh Musa

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. berkata : Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah dari bulan Ramadhan satu sha' dari kurma, atau satu sha' dari sya'iir. atas seorang hamba, seorang merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslilmin. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim)

Diriwayatkan dari Umar bin Nafi' dari ayahnya dari Ibnu Umar ia berkata ; Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah satu sha' dari kurma atau satu sha' dari sya'iir atas seorang hamba, merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslimin dan beliau memerintahkan agar di tunaikan / dikeluarkan sebelum manusia keluar untuk shalat 'ied. (H. R : Al-Bukhary, Abu Daud dan Nasa'i)

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata : Rasulullah saw telah memfardhukan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang shaum dari perbuatan sia-sia dan dari perkataan keji dan untuk memberi makan orang miskin. Barang siapa yang mengeluarkannya sebelum shalat, maka ia berarti zakat yang di terima dan barang siapa yang mengeluarkannya sesudah shalat 'ied, maka itu berarti shadaqah seperti shadaqah biasa (bukan zakat fitrah). (H.R : Abu Daud, Ibnu Majah dan Daaruquthni)

Diriwayatkan dari Hisyam bin urwah dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. bersabda : Tangan di atas (memberi dan menolong) lebih baik daripada tangan di bawah (meminta-minta), mulailah orang yang menjadi tanggunganmu (keluarga dll) dan sebaik-baik shadaqah adalah yang di keluarkan dari kelebihan kekayaan (yang di perlukan oleh keluarga) (H.R : Al-Bukhary dan Ahmad)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Rasulullah Saw. memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah unutk anak kecil, orang dewasa, orang merdeka dan hamba sahaya dari orang yang kamu sediakan makanan mereka (tanggunganmu). (H.R : Daaruquthni, hadits hasan)

Pihak pemerintah disaran mengembalikan kaedah pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan beras sebagaimana ajaran Mazhab Syafie yang menjadi pegangan di negara ini.

Demikian saranan yang dilontarkan Mudir Madrasah ar-Rahmaniah, Tuan Guru Salleh Musa . Katanya, kaedah pembayaran yang diamalkan kini iaitu menggunakan wang tidak sah dan tidak memadai.

Jelasnya, sebagaimana yang terdapat dalam kitab-kitab fekah Mazhab Syafie, zakat fitrah mestilah ditunaikan dengan memberi fakir miskin makanan yang mengenyangkan dan afdal pemberi sendiri memberi kepada penerima.

"Mesti bagi beras, beras itupun tidak boleh berubah, mesti bagi biji beras. Apatah lagi duit.



Gembiranya sifakir miskin menerima zakat beras buat dimasak untuk makan bersama keluarga

"Mengikut Mazhab Syafie, harga makanan tidak boleh, mesti beri makanan yang mengenyangkan ahli negeri. Macam di Makkah itu makan gandum, ikut makanan negara masing-masing yang mengenyangkan ahli negeri. Macam kita di sini beraslah makanan yang mengenyangkan," terang beliau ketika diminta mengulas lanjut perkara itu selepas majlis tersebut.

Tegasnya, pembayaran menggunakan harga beras yakni menggunakan wang tidak ada dalam Mazhab Syafie.

Tanpa menafikan kaedah itu terdapat dalam mazhab lain, beliau yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah mempersoalkan tindakan beralih dan berpindah mazhab itu.

Oleh itu, beliau melahirkan harapan agar kaedah pembayaran mengikut Mazhab Syafie itu diamalkan semula setidak-tidaknya di negeri Kedah yang kini diterajui oleh PAS.

"Satu lagi zakat fitrah ini, ia masuk dalam zakat amwalul batinah. Zakat ini ada dua, satu amwalul zahirah, satu lagi amwalul batinah. Amwalul zahirah ini macam zakat padi, zakat perniagaan....itu bolehlah kerajaan nak ambil.

"Zakat amwalul batinah, afdal tuannya itu beri sendiri. Jadi kalau ikut pandangan mazhab kita tidak memadailah, tidak sah," ujarnya melanjutkan hujah.

Beliau turut menyeru agar setiap sumbangan atau zakat diberikan kepada fakir miskin dari kalangan ahli khair (ahli kebajikan).

"Fakir miskin ini banyak, bukan semua serupa. Kita kena cari ahli khair, bagi bantuan kepada mereka besar pahalanya.

"Kerana ada fakir miskin yang tidak bersolat, tidak menunaikan puasa malah ada yang terlibat dengan penagihan dadah, itu bukan ahli khair," terangnya.

Pun begitu jelas beliau, pemberian kepada fakir miskin bukan dari kalangan ahli khair tidaklah menjadi satu kesalahan.

"Bagi boleh tapi kurang afdallah, pahalanya tidak banyak mana. Jika beri pada fakir miskin ahli khair memang kenalah. Jadi fakir miskin ini pun kena pilih (untuk beri)," ujar beliau.


Pendapat ulamak tentang zakat fitrah :

1.Menurut jumhur ulamak (Imam Syafi’ie, Malik dan Ahmad); Zakat fitrah wajib dikeluarkan dalam bentuk makanan (yakni makanan asasi penduduk setempat). Tidak harus dikeluarkan dengan wang sekalipun menyamai harga/nilai makanan yang wajib dikeluarkan zakat. Alasan mereka ialah; mengeluarkan zakat fitrah dengan selain dari makanan asasi setempat adalah bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w..

2. Menurut Imam Abu Hanifah; harus mengeluar zakat fitrah dengan wang yang seharga/senilai dengan makanan yang wajib dikeluarkan zakat. Menurut mereka; zakat fitrah adalah hak fakir-miskin. Untuk memenuhi hajat mereka boleh dengan makanan dan boleh juga dengan wang. Tidak ada beza antara kedua-duanya. Barangkali mengeluarkan dengan wang adalah lebih baik kerana dengan wang memudahkan orang fakir membeli apa sahaja barang keperluan yang mereka kehendaki (makanan, pakaian, daging, lauk-pauk dan sebagainya).

3. Menurut Imam Ishaq dan Abu Tsur; mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai (wang) hanya harus ketika darurat sahaja.


Sekali kita berdepan dengan persoalan wang. Adakah wang yang dimaksudkan oleh Imam Abu Hanifah itu wang fiat atau wang dirham ??? Bolehkah zakat fitrah dibayar dengan nilai fulus  atau nilai nuqud ( wang emas atau wang perak ).


Pengalaman saya di sebuah Masjid di Kedah :

Masjid mengutip zakat dalam RM tetapi mengutip sumbangan untuk diedarkan kepada fakir miskin dalam beras. " Program sekampit beras ". Segalanya sudah terbalik. Sepatutnya zakat dalam beras , sumbangan dalam RM. Maka bertimbunlah orang ramai menyumbang beras kepada masjid untuk diedarkan kepada fakir miskin. Alasan tidak mahu beras dalam zakat  fitrah kerana menyusahkan sudah tidak relevan. Masyarakat sebenarnya mampu mengagihkan sendiri beras zakat fitrah mereka dan mengikut mazhab Shafie lebih afdal beri sendiri.

Saya pernah diperli oleh orang yang nampak a'lim : " Zaman sekarang ada lagi orang bayar zakat dengan beras !!!!!!!

Fikirkan semula ketika hendak membayar zakat dalam wang fiat .......... adakah menggunakan wang fiat halal untuk membayar zakat halal ....

Kalau kita dah tahu wang fiat itu riba kan molek bayar zakat dengan beras. Moga - moga Allah menerima ibadat zakat kita. Amiiiiin.

Saya sendiri tidak pernah bayar zakat fitrah dalam wang fiat cuma dengan beras sahaja , tak susah pun nak ikut sunnah .....





 

Zakat Emas dan Perak samada wang atau lainnya



Tiada zakat wang kertas mengikut mazhab Shafie
Zakat hanya boleh dibayar dengan ain (benda) bukan dayn ( Resit hutang - wang kertas)

Rujukan Kitab Sulamul Sibyan : Tuan Guru Hj Ayah Chik


Fasal pada menyatakan zakat emas dan perak sama ada wang atau lainnya

Syarat wajib zakat emas dan perak :

1. Islam - Tuan harta itu Islam
2. Merdeka - Hamba tiada wajib
3. Sampai nisabnya 20 mithqal / dinar emas (85 gram) atau 200 dirham perak ( 595 gram )
4 Dimilik akan dia ( emas dan perak ) cukup 12 bulan arabiyah samada disimpan akan ia atau diberi orang berhutang, maka wajib zakat atas tuannya.

Zakat emas dan perak itu 1/40 atau 2.5%.

Segala benda yang kena zakat itu 9 pekara sahaja.

1. Binatang ternakan.
2. Emas.
3.Perak.
4. Buah kurma dan anggur. (Tiada wajib zakat buah - buahan yang lain )
5. Biji - bijan yang mengenyangkan.
6. Badan - Fitrah
7. Galian emas dan perak.
8. Rikaz emas dan perak.
9. Benda - benda buat perniagaan.

Tiadalah wajib zakat melainkan 9 benda ini sahaja pada mazhab Shafie.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Bermula segala orang yang menaruh akan mereka itu emas dan perak , dan tiada menafkah mereka itu akan dia pada jalan Allah artinya tiada memberi mereka itu akan zakatnya maka khabar olehmu ya Muhammad akan mereka itu dengan kena siksa yang sangat - sangat sakit "
Maksud Surah at Taubah:ayat 34

Telah berkata Imam as shafie didalam Kitabnya ar Risalah :
" Tiada harus diqias dengan emas dan perak atas yang lain daripada keduanya pada wajib zakat "


Maka tiada wajib zakat duit tembaga dan duit kertas kerana bukan kedua duanya emas dan perak dan bukan binatang ternakan bukan buah - buahan  dan bukan biji bijian melainkan jika dibuat berniaga dengan dia. Maka wajib zakat perniagaan bukan zakat 'ain wang kertas.

Ada tersebut didalam Kitab Shamsul Asyhraq karangan al 'alamah Shaikh Ali Al Maliki pada m/s 60 katanya " Dan demikian lagi bersangatan Alim Shaikh Muhammad 'illisyh tatkala ditanya akan dia daripada kertas yang ada padanya chap Sultan dan bermuamalah denga dia, berjualbeli dengan dia semacam dirham - dirham dan dinar - dinar. Adakah diberi zakatnya sebagai zakat 'ain atau semacam zakat mata benda perniagaan atau tiada wajib zakat padanya ? Menjawab ia dalam Kitab Fatwanya , Fathul 'ala al Malik, berpegang ia bagi riwayat yang kedua yang muktamad pada mazhab Malilki ia jawab dengan nasnya tiada wajib zakat padanya yakni tiada wajib zakat pada wang kertas ".

Ada pun pada mazhab Shafie maka tiada wajib zakat wang kertas sama ada disimpan dirumahnya atau di tabung haji atau di bank atau diberi orang berhutang, tiada wajib zakatnya melainkan jika dimilik wang kertas itu dengan mu'awadhah serta diniat tatkala itu hendak buat berniaga denga dia. Maka apabila sampai harganya 200 dirham dan cukup 12 bulan arabiyah maka ketika itu wajib dikeluarkan zakatnya, zakat mata perniagaan, bukan zakat 'ain wang kertas iaitu zakatnya 1/40.

Dan berkata Shaikh Ahmad Khatib iaitu didalam Kitabnya Mazhab Shafie pada m/s 46 artinya :  " Bahkan jika berkehendak oleh seorang mengeluarkan zakat daripadanya wang kertas nescaya tiada sah ia dan lagi haram mengeluarkan zakat wang kertas kerana padanya yakni pada mengeluarkan zakat wang kertas itu jadi mengerjakan ibadat yang fasidah, ibadah yag tidak terpakai, sia - sia dan lagi buat zalim akan tuan - tuan harta dengan memperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan memakan akan harta manusia denga jalan yang bathil, makan dengan jalan yang haram. Maka jikalau begitu tidak beri zakat wang kertas itu boleh pahala kerana jika meninggal barang yang haram dengan niat ikut perintah syarak itu boleh pahala ".

Ramai Ulamak - Ulamak yang menghukum wang kertas itu semacam wang tembaga. maka tiada wajib zakatnya pada mazhab shafie. Antaranya :
1. Al 'alamah Shaikhul Islam Negeri Mesir masa dahulu ialah Muhammmad Anba bi iaitu guru bagi as Saiyid Ahmad Bek al Husaini.
2. Al ' alamah Shaikh Hasbullah , ulamak besar Mekah di zamannya.
3. Al 'alamah As Saiyid Abdullah bin Abi Bakar.
4. Al ' alamah Shaikh muhammad I'jaz Hussain.
5. Al 'alamah Shaikh Muhammad Nazri Ali.
6. Al ' alamah Shaikh Muhammad Irshad Hussain.
7. Al ' alamah Shaikh Muhammad Abdul Qadir.
8.Al ' alamah Shaikh Muhammad Inayatullah.
9. Al ' alamah Shaikh Abdul Jalil.
10. Al Mufti Shaikh Muhammad 'Illisyh.
11. Al ' alamah Shaikh Muhammad Khatib

Telah menyebut nama - nama ulamak - ulamak yang tersebut itu oleh Syaikh Ali al Maliki didalam kitabnya Shamsul Asyhraq.

12. Al 'alamah Shaikh Ali Al Maliki.
13 Shaikhul Islam Kedah Al Haj Wan Sulaiman iaitu semasa dia muda dahulu.
14. Shaikh Al Haj Wan Ahmad Bermin Fathani.
15. Tuan Guru Shaikh saya ( Ayah Chik ) Shaikh Al Haj Abdullah Fahim , Mufti Pulau Pinang. Pada masa itu dia belum menjadi mufti dan dia menyuruh saya berpegang dengan barang yang didalam Kitab Iqna' an nufus yang saya mengaji padanya itu kitab dan dia khabar kepada saya, Shaikh Ahmad Khatib itu ia kata guru aku dan Shaikh Ali Al Maliki itu sahabat aku.

Ramai Ulamak mengaku sah dan betul barang yang tersebut didalam kitab Shamsul Asyhraq serta memberi puji pujian mengatakan elok dan betul barang yang tersebut didalam kitab tersebut. Pertamanya : Maulana Hujjatul Ummah Qadhi al Qadha' wal mufti al ahnaf bil Aqthoril arabiah bil Makkah wa raisul ulama' al 'alam , al 'alamah Abdullah bin Abdurrahman Siraj. Kedua : Al 'alamah Shaikh Habibullah Al jaki. Ketiga : Al 'alamah Shaikh Ali An Najar. Keempat : Al 'alim Al Fadhil Shaikh Muhammad Abdurrahman As Shanqithi.  Keempat : Al 'alim fadhil As Saiyid Thohir Ad dibagh dan demikian juga pada mazhab Hanbali tiada wajib zakat wang kertas .. dari Kitab Shamsul Asyhraq.

Wang kertas itu bukan sanad ad daiyin ertinya bukan surat hutang kerana takrif surat hutang ialah " Kertas yang ditulis padanya akan orang yang berhutang dan orang yang memberi hutang dengan nama kedua - duanya dan hutang apa jenisnya dan sebanyak mana qadarnya dan saksi atasnya dan diberi pegang taruh ditangan oang yang yang beri berhutang ".

Maka wang kertas itu tiada masuk dalam takrif surat hutang. Maka betul lah wang kertas itu bukan surat hutang dan hanya dikira duit yang laku yang lain dari emas dan perak yang dinilai harganya yakni dibubuh harganya sekian  sekian ringgit dan ditulis didalamnya pun dengan kata wang kertas ertinya duit kertas. Bukan ditulis kata surat emas perak. Lagi pula jika sungguh wang kertas itu surat Bank berhutang emas dan perak maka cubalah bawa wang kertas itu tunjuk kepada bank minta hutang itu nescaya Bank tiada bayar, mingkin orang Bank marah, dia kata " Kamu binggung kah ? Gila kah ? Kamu tidak bacakah didalamnya wang kertas bukan ditulis surat hutang. Mereka halau kamu semacam halau anjing sahaja.

Ada pun orang yang berkata wang kertas itu khilaf ulamak pada wajib zakat, maka baik lah ihtiyhat ( berhati hati ), berilah zakatnya kerana jikalau betul orang yang berkata wajib zakatnya maka lepaslah kita daripada berdosa dan dapat pahala. Jikalau betul orang yang berkata tiada wajib zakatnya maka jadilah sedekah sunat, maka itu ihtiyhat ( berhati - hati ) yang bathil.

Telah berkata Guru bagi beberapa Guru kami, al 'alamah Shaikh Ahmad Khatib rahimahumullah didalam kitabnya Iqna' an nufus pada m/s 48 ertinya : Dan atasnya lazim daripada ini ihtiyhat ( berhati - hati ) tu beberapa mudharat dan bermula yang demikian itu buat zalim akan tuan harta dengan diperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan lain - lainnya daripada barang terdahulu sebutnya dan buat sia - sia segala rukun dan segala syarat yang telah diiktibar akan dia oleh ulamak ulamak syarak dan buat binasa takrif - takrif mereka itu yang telah menyebut mereka itu akan dia kerana bahawasanya  sesungguhnya lazim oleh binasanya dengan ini ihtiyhat yang jadi daripada sangka - sangka dan gemak - gemak yang bathil , yang tidak ada asalnya sama sekali dalam syarak.

Didalam Kitab Sairus Salikin (Shaik Abdul Samad Al Falimbani) antara syarat – syarat zakat yang zahir pada syarat yang ketiga :

Hendaklah zakat yang dikeluarkan itu ‘ain harta yang wajib zakat itu. Maka tiada memadai zakat perak daripada emas dan zakat emas dengan perak.

Mengenai mengeluarkan zakat perniagaan seperti dalam Kitab Matail Badrain :

(maka jika) sampai nasab harga اخر haul wajib dikeluarkan zakatnya samada harga yang dibeli dahulu itu sampai nasabnya atau tiada kerana yang dii’tibarnya dengan harga اخر haul maka dikeluarkan zakatnya iaitu emas atau perak سربع عشر , tiada dikeluarkan daripada ain mata benda perniagaan itu.


Maknanya zakat perniagaan mesti dikeluarkan dalam emas atau perak bukan ai'n barang yang diperniagakan. Cth : Perniagaan baju, zakatnya bukan dengan baju tetapi dengan emas atau perak.







 

Kalimah Tauhid , tahmid dan ayat suci Al Quran pada koin dinar dan dirham

Pada  awalnya umat Islam menggunakan emas dan perak berdasarkan beratnya dan Dinar Dirham yang digunakan merupakan cetakan dari bangsa Parsi.

Koin awal yang digunakan oleh umat Islam merupakan duplikat dari Dirham perak Yezdigird III dari Sassania, yang dicetak dibawah autoriti Khalifah Uthman, radiy’allahu anhu. Yang membezakan dengan koin aslinya adalah adanya tulisan Arab yang berlafazkan “Bismillah”. Sejak saat itu tulisan “Bismillah” dan sebahagian dari  Al Qur’an menjadi suatu hal yang lazim ditemukan pada koin yang dicetak oleh Muslimin.


Sebagaimana telah diketahui bersama, bahwa standard dari koin yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn al-Khattab, berat dari 10 Dirham adalah sama dengan 7 Dinar (1 mithqal). Pada tahun 75 Hijriah (695 Masehi) Khalifah Abdalmalik memerintahkan Al-Hajjaj untuk mencetak Dirham untuk pertama kalinya, dan secara resmi beliau menggunakan standard yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn Khattab. Khalifah Abdalmalik memerintahkan bahwa pada tiap koin yang dicetak terdapat tulisan: “Allahu ahad, Allahu samad”. Beliau juga memerintahkan penghentian cetakan dengan gambar wujud manusia dan binatang dari koin dan menggantinya dengan huruf-huruf.



Perintah ini diteruskan sepanjang sejarah Islam. Dinar dan Dirham biasanya berbentuk bundar, dan tulisan yang dicetak diatasnya memiliki tata letak yang melingkar. Lazimnya di satu sisi terdapat kalimat “tahlil” dan “tahmid”, yaitu, “La ilaha ill’Allah” dan “Alhamdulillah” sedangkan pada sisi lainnya terdapat nama Amir dan tanggal pencetakkan; dan pada masa masa selanjutnya menjadi suatu kelaziman juga untuk menuliskan shalawat kepada Rasulullah, salallahu alayhi wa salam, dan terkadang, ayat-ayat Qur’an. Koin emas dan perak menjadi mata wang resmi hingga jatuhnya khilafah Islamiyah.

Imam Malik pernah ditanya tentang penggunaan kalimah ini pada koin - koin ini. Beliau berkata ulamak ulamak terdahulu dari kalangan sahabat, tabiin dan tabiin seorangpun tidak membantah pengunaannya bahkan digalakkan penggunaannya bagi menunjukkan penguasaan Islam keatas wilayahnya. Yakni bagi meninggikan kalimah Allah swt.

Isu masuk tandas tidak timbul, koin koin telah digunakan zaman berzaman, kalau dahulu dinar dan dirham disimpan dalam uncang, simpan dalam dompet, masuk tandas.
 

Jual beli dan sistem barter


Koperasi Pasar Besar Siti Khatijah secretary Abdul Samad Hussin selling Kelantan syariah currency dinar and dirham to customers at the cooperative’s premises in Kota Baru yesterday. — NST picture by Zaman Huri Isa

KUALA LUMPUR: The use of dinar and dirham in exchange for goods is not considered barter trading as claimed by the Kelantan government.
University Malaya Economics and Administration Faculty senior lecturer Dr Zuraina Yusuf said the gold and silver coins used in the exchange of items in the state do not meet the definition of barter trade.

"Barter trade involves the exchange of goods with goods, not the exchange of gold or silver coins with goods, even when the trader returns the balance from the purchase with ringgit notes.

"If you look at the situation carefully, is it not the same as what we have always been doing? The government of Kelantan has failed to understand the concept of barter trading," she said in a telephone interview yesterday.
Since it was launched last Friday, the dinar and dirham have been used by some 1,000 traders in Kelantan.

Read more: 'Kelantan's dinar use is not barter trading' http://www.nst.com.my/nst/articles/21plkltdd/Article/#ixzz0x12pzKS6

Dr Zuraina membuat kenyataan bahawa tukaran antara barang dengan koin emas dan perak bukan termasuk dalam sistem barter, kerana katanya sistem barter hanya melibatkan barang dengan barang.

Inilah yang diajar oleh sistem ekonomi konvensional  bahawa wang bukan barang , wang hanya alat atau medium pertukaran sahaja.

Bertentangan dengan Islam , wang itu sendiri mesti barang atau pun harta. Takrif jualbeli itu sendiri mengikut Kitab Fathul Muin (mazhab Imam Syafei)  dari segi bahasa bermaksud al muqabalatu syai’an bi syai’in yakni menukar sesuatu dengan sesuatu dan dari segi syaraknya bererti menukar harta dengan harta dengan izin syarak.

Mengikut kitab Jawi – Idaman Penuntut   Jual beli itu maknanya menyerahkan atau memindahkan kuasa milik sesuatu benda oleh penjual kepada pembeli dengan ada gantinya yang diizinkan oleh syarak.

Penukaran barang termasuk dalam rukan yang 3:
1.    Penjual dan pembeli.
2.    Barang atau harta.
3.    Sighah – ijab dan qabul dengan dalil Sabda Nabi s.a.w. “Hanya sanya jual beli itu sah dengan adanya saling merelakan” ; sedangkan kerelaan itu tidak nampak, maka diukurlah dengan petunjuk bukti ucapan.

Jualbeli secara Mu’athah (cara sekadar saling memberikan dan menerima) ; namun dipilih hukum sah pada barang-barang yang dengan cara Mu’athah oleh Urf.

Rukun yang 2 : Barang atau a’in yang ditukar tertakluk kepada beberapa syarat.
1.    Suci dari najis.
2.    Bermanfaat.   : Dari itu tidak sah menjual binatang-binatang yang melata dibumi seperti ular, kala, kumbang dan sebagainya kerana binatang-binatang itu tidak dikira sebagai harta maka mengeluarkan harta (wang) untuk membeli dilarang oleh syarak, kecuali binatang yang ada manfaat seperti ulat sutera kerana suteranya, atau lintah kerana untuk menghisap darah orang sakit atau sebagainya daripada benda yang berguna maka semuanya itu sah dijual beli.
3.    Penjual dan pembeli berkuasa atas harta tersebut. ( Cth : Tidak sah menjual  kerbau liar yang terlepas)
4.    Barang yang diaqadkan itu mesti milik yang sempurna.  (Cth : Tidak sah Jual barang yang belum diterima)
5.    Bahawa penjual dan pembeli mengetahui akan ain barang dan ain harga pada jual beli yang muayyan (yang berlaku dihadapan mata keduanya), atau mengetahui akan qadarnya dan sifatnya pada jual beli yang dipesan . ( Cth :  Jika penjual berkata: saya jual kepada anda salah sebuah daripada 2 buku ini dengan harga sekudi kain nescaya tiada sah kerana tiada diketahui akan ainnya yang mana satu. )        

Cth : aqad jualbeli yang sah ialah seperti
Penjual berkata : Aku jual buku ini dengan 1 dirham (3 gram perak).
Atau penjual berkata : Aku jual 1 dirham (3 gram perak) dengan buku ini.
Buku boleh jadi tsaman (harga) atau barang dan 1 dirham boleh jadi tsaman(harga) atau barang.
Wang dalam Islam mesti barang atau harta.
Dalam Islam dinar itu adalah barang yang boleh diukur (memenuhi syarat yang ke 5), begitu juga dengan dirham.
1 Dinar itu 4.25 gram emas 916 sedangkan 1 dirham itu 3 gram perak 999.
Persoalannya sekarang bolehkah wang fiat diukur ?
APA MAKNA SATU RINGGIT  ????????????

 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 2

Latest Products

2 Dirham Kelantan
2 Dirham Kelantan
RM28.00

5 Dirham Kelantan
5 Dirham Kelantan
RM70.00

1 Dirham Kelantan
1 Dirham Kelantan
RM14.00

Harga Dinar Kelantan


HARGA DINAR & DIRHAM KELANTAN

Sweet Stevia Pemanis Tanpa Gula

Pengganti Gula Mengelak Kencing Manis

1 Botol = RM 19.90

2 Dirham Kelantan
2 Dirham Kelantan
RM28.00
2 DIRHAM
2 DIRHAM
RM30.00
My Stevia PEMANIS TANPA GULA
My Stevia  PEMANIS TANPA GULA
RM19.90
5 Dirham Kelantan
5 Dirham Kelantan
RM70.00
BUKU : The Return of the Islamic Gold Dinar
BUKU : The Return of the Islamic Gold Dinar
RM30.00
1 Dirham Kelantan
1 Dirham Kelantan
RM14.00
UNTUK PESANAN ONLINE
DOUBLE KLIK PADA PRODUK

Iklan

Surah Al Waqiah


Editor




Al - Faqir Ust. Hj Rafidi Hashim
019 4365763
email : dirham2d@gmail.com
pd7178@yahoo.com.my




Facebook Ust Rafidi Hashim


Wang Kertas bukan barang ('ain) tetapi hutang

User online

We have 11 guests online

US PRINTING MONEY

Click to enlarge
Live Spot Gold Price



Harga emas semasa


Sembang dinar


US Dollar index

[Most Recent USD from www.kitco.com]