Dirham dan dinar dalam muamalat Islam

Wang fiat dan hukum riba

Persoalan : Adakah wang fiat sekarang ini barang ( a’in ), hutang (da’yn) atau sebenarnya satu penipuan/tipu daya/riba untuk menghalalkan pencurian harta.

Penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang shariah adalah untuk mengembalikan fungsinya khusus didalam :

  1. Jualbeli kerana sahnya jualbeli tertakluk kepada syarat – syarat yang tertentu khususnya jualbeli yang tidak melibatkan riba, judi dan tipu daya – gharar.
  2. Muamalat Islam – Bab Qirad (mudharabah) dimana hanya nuqud (emas dan perak) sahaja boleh dijadikan modal dan bukannya fulus (a’in selain emas dan perak) juga bab memberi hutang (Al qard).
  3. Zakat – Dibayar dengan a’in (mata benda yang wajib zakat) bukan day’n (resit atau kertas hutang).

Surah Hud : Maksud ayat 85

“ Wahai kaumku, Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan Jangan kamu kurangkan manusia akan benda – benda yang menjadi haknya dan Jangan kamu merebakkan bencana kerosakan diatas mukabumi “

Surah An nisa’ : Maksud ayat 29

“ Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu makan harta –harta sesama kamu dengan jalan yang bathil (tipu,judi,riba dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan dengan secara suka sama suka. “

Sejarah penciptaan wang fiat melalui tiga fasa :

Permulaannya emas dan perak digunakan alat pertukaran dalam jualbeli.

Berfungsi sebagai resit simpanan emas dan perak. ( da’yn)

Tiada lagi sandaran emas dan perak sejak 1971. Menjadi wang fiat sepenuhnya yakni diberi nilai dengan bukan nilai sebenar padahal nilainya yang sebenar hanyalah sekeping kertas.(wang kertas), sedangkan wang hasil dari penciptaan atas angin dari rezab berkanun (fractional reserve banking) secara elektronik tidak wujud dalam bentuk kertas sekalipun. 4% wang wujud dalam bentuk kertas sedangkan yang lain dalam bentuk akaun, cek dan sebagainya.

Dalam sejarah Islam : Logam yang digunakan sebagai alat perantaraan dalam jualbeli (medium of exchange) terbahagi kepada dua kategori.

Naqdain – Emas dan Perak. 1 dinar = 4.25 gram emas 916 dan 1 dirham = 2.975 gram perak 999

Fulus – Tembaga atau logam – logam yang lain tetapi nilainya tidak melebih nilai dirham terendah, diguna pakai untuk transaksi jualbeli rencehan (kecil –kecilan)

Kata Imam Ghazali tiada jadi riba itu melainkan dalam dua pekara :

1) Makanan : spt. gandum, sya'ir, kurma , anggur, garam, beras, jagung , ful dan lain –lain. ( yang mengenyangkan dan bersedap – sedap dengan ada tempoh simpanan )
2) Nuqud : Emas dan Perak : Walaupun dalam bentuk bahan seperti perhiasan emas dan perak.

Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w :

" Janganlah kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak, sya'ir dengan sya'ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam kecuali sama besar(sawaan bi sawain) , barang dengan barang (ai’nan bi ai’nin), tangan dengan tangan (kesegeraan). Apabila pertukaran melibatkan jenis yang berlainan, lakukanlah ,asalkan serah terima tangan ke tangan (qabadh - kesegeraan)."

Abu Sa’id Al-Khudri berkata bahawa Bilal membawa kepada Rasulullah sedikit buah tamar Barni dan bila ditanya dari mana dia memperolehinya, dia menjawab: “Saya mempunyai sedikit buah tamar yang rendah mutunya, jadi saya tukarkan dua Sa’s darinya dengan satu Sa’ (yang ini).” Rasulullah menjawab: “Ah! Inilah sebenarnya intipati Riba, sebenarnya intipati Riba! Jangan berbuat demikian, tetapi bila engkau membeli, jual buah tamar engkau itu dalam urusan jual beli yang berasingan, dan dari pendapatannya belilah apa yang engkau kehendaki.” (Bukhari, Muslim)

Dari hadith tersebut, dapat kita pelajari bahawa Nabi Muhammad s.a.w melarang pertukaran yang tidak sama banyak antara ‘tamar’ dengan ‘tamar’. Baginda s.a.w mengisytiharkan bahawa pertukaran sebegitu merupakan intipati sebenar Riba. Bagaimanapun terdapat bukti yang pertukaran tidak sama antara ‘unta’ dengan ‘unta’ diizinkan.

Yahya menyampaikan kepada kami dari Malik dari Naf’I bahawa Abdullah Ibn Umar membeli (iaitu bertukar) seekor unta betina tunggangan dengan 4 ekor unta dan dia jamin memberinya secukupnya kepada pembeli di Ar-Rabadha. (Muwatta, Imam Malik)

Di sini persoalan pasti timbul: kenapa terdapat larangan pertukaran tidak sama bagi buah tamar, tetapi tiada larangan bagi pertukaran tidak sama bagi ternakan unta?

Hadith Rasulullah s.a.w yang disebutkan di atas dengan jelas meletakkan asas :

Bahawa ‘wang’ dalam Islam adalah, samada logam bernilai seperti emas dan perak, atau komoditi seperti gandum, barli, buah tamar dan garam yang merupakan komoditi yang biasa dimakan tetapi mempunyai tempoh simpanan. Yang demikian, bila terdapat kekurangan wang emas dan perak di pasar Madinah, komoditi seperti buah tamar, yang terdapat dengan banyaknya di pasaran, dan juga mempunyai tempoh simpanan, telah digunakan sebagai wang. Berikutnya kita boleh memberi jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan di atas tadi.

Pertukaran yang berbeza membabitkan unta dengan unta dibenarkan kerana binatang ternakan tidak pernah digunakan sebagai wang. Pertukaran tidak sama banyak bagi buah tamar dengan tamar perlu dilarang kerana tamar digunakan sebagai wang, dan sekiranya dibenarkan akan memberi peluang kepada peminjam wang untuk memberi pinjaman dengan mengenakan faedah.

Riba itu pada lughoh maknanya bertambah, dan pada syarak maknanya: berakad menukar satu barang dengan barang lain yang tidak sama banyak dalam pandangan syarak atau ditangguhkan terimaan kedua-dua atau salah satu daripada kedua barang itu.

Yang dimaksudkan dengan barang dalam bab riba ini ialah emas, perak, dan makanan, yang lain daripadanya seperti tembaga, kain, timah, getah dan lain-lain tidak termasuk dalam kumpulan barang riba. Barang riba itu dalam bahasa Arab disebut “ribawi”.

Riba berlaku pada asasnya atas dua sebab :

Pertama: Jual beli mahu sama banyak atau sama berat barang yang dijual dengan barang yang jadi harganya. Maka jika tidak sama banyak dinamakan riba al-fadli (berlebihan). Termasuk dalam riba ini: memberi hutang dengan ada faedah untuk piutang. Juga disebut sebagai riba al qard.

Kedua : Jual beli mesti tunai yakni tidak boleh tangguh, mesti memberi dan menerima pada majlis aqad ( taqabudh fil majlis ) . Maka jika berlaku penangguhan maka jadi riba an nasi’ah (tangguh). Juga disebut riba al yad.

Kesimpulannya : Perkataan ‘ilah itu maknanya sebab. Disini sebab itu dua, pertama emas dan perak, kedua makanan seperti gandum, kurma dan lain-lain.

Emas dan Perak : Berlainan jenis tapi satu ‘ilah

Makanan : Beras dan gandum berlainan jenis tetapi satu ‘ilah .

Maka emas dengan emas, perak dan perak, dan gandum dengan gandum tidak boleh dijualbelikan kecuali sama banyak dan tunai.

Emas dan perak boleh dijualbeli tanpa sama banyak tetapi mesti tunai.

Perak dan gandum boleh dijualbeli tanpa sama banyak dan boleh tangguh.

Resit emas , perak atau makanan (da’yn) tidak boleh digunakan sebagai wang.

Barang atau benda yang diakadkan itu dimiliki oleh yang berakad dengan milik yang sempurna. Dari itu tidak sah jual sesuatu barang yang belum diqabad (yang belum diterima atau belum ada dalam tangannya) kerana belum sempurna milik.

Kitab al Muwatta’ :

Yahya meriwayatkan kepada saya dari Malik dari ‘Abdullah ibn Dinar dari ‘Abdullah ibn ‘Umar bahawa ‘Umar ibn al-Khattab telah berkata

“ Janganlah kamu menjual emas dengan emas kecuali dengan seimbang , janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain, janganlah kamu menjual perak dengan perak kecuali dengan seimbang dan, janganlah kamu menambah sebahagian atas sebahagian yang lain dan janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak ada dengan suatu yang ada (a’in). Jika seseorang meminta kamu menunggu untuk membuat pembayaran sehingga dia kembali ke rumahnya , janganlah kamu tinggalkannya, aku bimbang rama’ atas kamu. Rama’ ialah riba.

Yahya meriwayatkan padaku dari Malik bahwa ia mendengar tanda terima/resit(sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk barang di pasar al-Jar. Penduduk membeli dan menjual resit diantara mereka sebelum mereka mengambil barangnya. Zayd ibn Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah, sallallahu alayhi wa sallam, pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, “Marwan! Apakah engkau menghalalkan Riba?” Ia menjawab, “Naudzubillah! Apakah itu?” Ia berkata, “Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk berjual-beli sebelum menerima barangnya.” Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya.

Zayd ibn Thabit khususnya menyebut riba , resit (dayn) ‘dimana penduduk berjual beli sebelum menerima barang’. Emas ,perak atau makanan boleh digunakan sebagai bayaran,tetapi kamu tidak boleh menggunakan nota janji pembayaran. Didalamnya ada penangguhan sebagai tambahan yang tidak dibenarkan. Sekiranya kamu memiliki dayn, kamu haruslah mengambil barang tersebut (‘ayn) dan barulah kamu boleh bertransaksi. Dayn tidak boleh digunakan sebagai matawang dalam jualbeli.

Dalam Bab Hutang ( Al qard ) :

Iqradl/ menghutangi – memberikan milik sesuatu kepada orang lain dengan pengembalian yang sama- adalah Sunnah, kerana mengandungi unsur menolong menghilangkan kesulitan; ini termasuk sunnah-sunnah yang muakkad berdasarkan beberapa hadis yang telah di kenal.

Seperti misalnya hadis riwayat Muslim “Barangsiapa membantu melonggarkan satu di antara beberapa kesulitan duniawi temannya, maka Allah akan melonggarkan satu dari beberapa kesulitannya di hari kiamat, dan Allah adalah menolong hamba-Nya selagi hamba itu mahu menolong temannya.”

Hadis sahih menyebutkan : barangsiapa memberi hutang dua kali kerana Allah, maka mendapat pahala sebesar menshadaqahkan salah satunya.

Bersedekah lebih afdal daripada memberi hutang; lain halnya menurut pendapat sebahagian para Ulama.

Wajib mengembalikan barang yang sepadan yang dihutangi berupa nuqud emas dan perak sekalipun nuqud itu ditarik balik dari peredaran oleh pemerintah kerana mengembalikan nuqud itu lebih menepati hak pemberi hutang. Kitab Fathul Muin .

Imam Abu Hanifah, Mazhab Maliki, Mazhab Syafie dan Hanbali : Wajib ke atas pemiutang memulangkan hutangnya berdasarkan jumlah yang sama ketika aqad hutang dibuat, tanpa sebarang tambah atau kurang.

Sebagai contoh apa yang disebutkan oleh Imam Al-Kasani :

Ertinya : ” Dan sekiranya kerana tidak laku (sesuatu matawang itu), tetapi hanya nilainya yang menurun atau menaik, jual beli (yang telah termeterai) tidaklah terbatal secara Ijma’, dan pembeli perlulah membayar harga ‘mithl’ yang sama kuantitinya, dan tidak terpakai nilaian (baru) di sini” ( Badai As-Sonai’e, , 7/3245)

Imam As-Sayuti pula berkata :

Ertinya : Telah tetap bahawa sebarang hutang yang sohih, mestilah dipulangkan jumlah yang sama secara mutlaq, sebagai contoh apabila dipinjam satu jumlah fulus, maka wajib memulangkan jumlah fulus yang sama jenis, tanpa mengira nilainya menaik atau menurun” (Qat’u al-Mujadalah ‘Inda Taghyir Al-Mu’amalah, As-Suyuti, 1/97)

وذلك أنَّ الربَا منه يكونُ في النقدِ بالزيادةِ في الكيلِ والوزنِ

Kata Imam Shafie dalam Kitab Al Umm : Dan demikian sesungguhnya riba darinya pada nuqud (emas dan perak) adalah dengan tambahan pada ukuran dan timbangan.

Persoalannya : Zaman sekarang kita hutang dengan apa ? Apakah wang sekarang sesuatu yang boleh ditimbang dan diukur. Atau kita hanya berhutang dari mula dengan nilai ?

 

Waqaf dizaman Othmaniah

WAKAF

Oleh

Prof. Mehmet Maksudoglu

Terjmahan : Norazman

Edit : Ust Rafidi Hashim

Sebagai salah satu institusi islam, wakaf adalah harta atau suatu nilai kekayaan yg dikhususkan untuk memberi manfaat kepada makhluk untuk mendapat keredhaan dari Allah s.w.t. Harta yang dikhususkan diletakkan atas nama Allah yang abadi, iaitu penyumbang wakaf tidak lagi mempunyai hak ke atas kekayaan atau harta tersebut. Alasan untuk mewujudkan wakaf adalah sepenuhnya untuk mendapatkan keredhaan dan restu Pencipta, dan berharap semata-mata kepada ganjaran daripadaNya.

Orang yang membuat wakaf disebut wakif. Wakif mestilah mempunyai syarat-syarat berikut:

1.    Mestilah dewasa, tidak gila dan bukan hamba

2.    Tiada paksaan: wakif mestilah menyerahkan haknya dengan rela hati

3.    Tujuan dan maksud mestilah hanya untuk mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t

Harta atau kekayaan itu pula mesti mempunyai syarat-syarat berikut:

1.    Harta yang diwakafkan mestilah dipunyai oleh si wakif ketika ia diserahkan

2.    Harta tersebut tidak dalam keadaan berhutang

3.    Harta yang diserahkan mestilah dalam jenis yang boleh memberikan hasil atau manfaat seperti rumah, kedai, padang, kebun dan sebagainya

4.    Harta yang hendak diwakafkan seperti pokok, bangunan dan sebagainya hendaklah tidak dalam perintah roboh

5.    Penerima manfaat dari hasil wakaf hendaklah dinyatakan dengan terang

Surat amanah wakaf dipanggil waqfiyye. Pemberi wakaf (waqif) meletakkan syarat-syaratnya di dalam surat amanah (waqfiyye). Waqfiyye menjadi sah apabila didaftarkan dalam Sijil (pendaftaran) oleh Kadi (hakim).

Waqfiyye mengandungi puji-pujian kepada Allah, doa dan selawat ke atas Rasullullah, ayat-ayat Quran dan hadis-hadis yang menggalakkan berbuat baik dan bersedekah jarriyah. Kadangkala disertakan juga syair – syair  bersangkutan dengan amalan berbuat baik di dalamnya.

Dan waqfiyye juga menyatakan:

1.    Harta kekayaan yang diserahkan, dengan senarai jumlah setiap harta

2.    Bagaimana ia akan diuruskan

3.    Bagaimana hasil kekayaan akan dibelanjakan dan siapakah penerima hasil tersebut

4.    Siapakah yang akan menguruskan harta wakaf (pemegang amanah)

a.    Berapa orangkah yang akan bekerja bagi menjalankan harta wakaf

b.    Berapakah upah yang akan diberikan kepada pekerja ini

c.    Barang yang akan digunakan untuk membayar upah ini

d.    Jenis barang yang akan digunakan, dan sebagainya

5.    Pengesahan dari Kadi, cop dan tandatangannya.

Kita tahu Rasullullah (saw),telah menyerahkan kebun kurmanya di Madinah Al-Munawwara sebagai harta wakaf untuk Hawadlithud Dhar, iaitu untuk melindungi Islam dan kegunaan ketika kecemasan.  Baginda juga telah mewakafkan kebun kurmanya di Fedek untuk kegunaan para musafir.

Umar ibn al-Khattab (ra),mewakafkan hartanya kepada pejuang islam (mujahiddun) dan juga kepada para hamba yang memerlukanuntuk memerdekakan diri mereka dan juga untuk para tetamu.

Dan juga keluarga Osmanli, mereka telah menyerahkan banyak harta untuk tujuan wakaf bermula dari pemerintah yang kedua Orhan Gazi (1326-1362). Kita tahu dengan nyata yang beliau telah menyerahkan bandar Makaja dengan semua hasilnya kepada hanikah, atau zawiyya dalam tahun 724 Hijrah /1324 Masihi. Ahli sufi, orang-orang miskin dan musafir miskin akan mendapat manfaat dari hasil wakaf, mendapat makanan dan tempat tinggal tanpa sebarang bayaran. Waqfiyye-nya berbunyi:

“Shujauddin Orhan anak kepada Fakhruddin Osman, menjadikan seluruh bandar Makaja  kepada wakaf khalisan mukhlisan li wajhillah untuk mendapat keredhoan Allah, dan sempadannya adalah...

Aku telah melantik hamba yang ku merdekakan Tawashi Sharafuddin Muqbil sebagai mutawalli untuk memberikan makan dan tempat tinggal kepada ahli sufi yang bermusafir, orang-orang miskin, orang asing, orang yang kesempitan dan para pelajar.  Apa saja hasil dari wakaf hendaklah digunakan untuk tujuan yang dinyatakan tadi, dan orang yang tidak berhak tidak akan mendapat tempat perlindungan di zawiyya (hanikah). Supaya semua yang membaca waqfiyye ini  tahu pada masa hadapan, bahawa sesiapa yang terbaik dari anak pesuruhku (hambaku) untuk menjadi mutawalli. Aku melantik Sharafuddin Muqbil menjadi mutawalli bermula hari ini untuk menjaga sesiapa yang datang dan pergi. Semoga beliau memberikan perkhidmatan yang terbaik. Beliau akan menerima satu per sepuluh dari hasil wakaf untuk perkhidmatannya. Tiada seorangpun dari anakku dan keturunannya berhak ke atas harta wakaf ini. Hanya yang terbaik dari anak pesuruhku dari zawiyya ini akan dilantik menjadi mutawalli untuk wakaf ini pada masa hadapan, generasi ke generasi.

Jika sesiapa menyanggah syarat-syarat ini, sanggahan beliau tidak diterima berdasarkan undang-undang yang telah digariskan oleh Nabi (saw). Seperti yang termaktub, aku telah memberikan surat ini kepada anak lelaki kepada zawiyya yang terbaik, supaya beliau dapat menunjukkan kepada sesiapa apabila perlu, untuk mengelakkan sebarang makhluk dari mengganggu dan mengubahnya. Sesiapa saja yang menyanggah, laknat Allah jalla jalaluhu dan laknat Rasullullah (saw) akan jatuh ke atasnya.

Sesiapa yang membaca surat ini hendaklah tahu dengan nyata bahawa ia adalah benar asli dan telah ditulis dihadapan saksi-saksi.

Saksi-saksinya:

Choban, anak Osman

Malik, anak Osman

Hamid, anak Osman

Pazarlu, anak Osman

Fatima, anak perempuan Osman

Mal Khatun, anak perempuan Omar Bey

Malik, anak perempuan Malik

Efendi, anak perempuan Akbashlu

Sultan, anak Orhan

Suleyman, anak Orhan

Ibrahim, anak Orhan

 

Pada sesiapa yang membaca surat ini, ketahuilah bahawa Makaja hartaku telah diwakafkan dan dengan izin Allah, mudah-mudahan mereka menjaganya.

Pertengahan Rabiul Awwal 724 (March 1324)

 

Orhan Gazi telah menukarkan sebuah gereja besar kepada masjid di Iznik (Nicae) apabila beliau membukanya kepada Islam pada tahun 1331, dan telah menukarkan sebuah biara di situ kepada madrasah. Beliau telah membina sebuah dapur umum (Imaret) berdekatan dengan pintu Yenishehir, dan melantik Al-Hajj Hasan sebagai sheikhnya. Al-Hajj Hasan adalah salah seorang ahli Edebali, ayah mertua kepada Osman Gazi. Orhan Gazi menjamu makanan dan menyalakan lampu dapur umum (imaret) sendiri pada hari pertamanya.

Nampaknya keluarga Osman tidak puas sekadar memberi orang makan ketika membina dapur umum ini; mereka juga telah menjaga kesihatan rohani mereka. Temujanji mereka dengan imam dapur umum baru ini sudah cukup membuktikan niat mereka. Tidak perlu dinyatakan bahawa harta juga telah dikhususkan untuk tujuan dapur umum ini.

Dalam kata lain, rakyat Osmanli ketika era pemerintahan Orhan Gazi amat makmur sehingga dikatakan hampir tiada lagi orang yang layak menerima zakat.

Anak Orhan Bey, pemerintah ke tiga pemerintahan keluarga Osmali, Murad Hudavendigar (1362-1389) telah membina dapur umum di Yenishehirdan juga sebuah zawiyya untuk para sufi yang dipanggil Pustin-Push. Beliau telah membina masjid jamek di Bilejik, dan sebuah masjid di benteng Bursa di dalam istana, berdekatan pintu pagar. Beliau telah membina dapur umum di Bursa dan madrasah di atasnya. Semuanya adalah atas rasa syukur kepada Allah yang melimpahkan kemenangan ke atas Serbia (kekalahan Serbia, 1363)

Sudah menjadi amalan Osmanli, bukan sahaja pemerintah tetapi juga sadrazams (menteri besar), menteri-menteri, beylerbeys (tuan-tuan), sanjakbeys dan juga Muslim yang hartawan berlawan-lawan untuk mewakafkan harta mereka. Ini adalah kerana mereka tahu dan percaya selagi orang ramai mendapat manfaat dari harta wakaf mereka –dikatakan setiap harta wakaf akan terus menerus berlangsung tanpa dihalang sehingga hari kebangkitan; waqfiyye mengandungi ugutan laknat Allah dan pesuruhNya ke atas orang yang cuba untuk menukar atau menghalang dan menamatkan harta wakaf – dan catatan amalan kebaikan mereka akan berterusan. Satu lagi alasan untuk mewakafkan harta adalah kerana waqif (pewakaf) telah melindungi haknya dari ditarik atau disita kerana harta wakaf tersebut tidak boleh diganggu oleh sesiapa saja.   Sebaliknya, pewakaf telah menjanjikan hasil yang baik untuk keturunannya, kerana telah melantik mutawallis ke atas wakaf mereka, dan sebahagian peruntukan dalam waqfiyye (surat wakaf) adalah peruntukan upah atau gaji para mutawalli(penjaga amanah). Hasil yang terbit dari harta, kedai, rumah, kebun, padang, dan apa saja, patut dibelanjakan untuk memelihara harta wakaf, pembelian barang keperluan, dan juga membayar mutawalli dan penolongnya, pembantu dan juga fungsi-fungsi lainnya, semua yang dinyatakan dan disahkan. Sebagai contoh, satu persepuluh dari hasil tanaman dari bandar Makaja yang diwakafkan oleh Orhan Gazi adalah menjadi hak mutawalli, dan nilainya  bukanlah sedikit.

Semasa era pemerintahan Osmanli, rakyat mewujudkan wakaf dan menghasilkannya untuk segala urusan dan hal untuk apa saja yang terbayang atau terfikir oleh mereka. Harta wakaf telah meliputi segala bentuk sehinggakan pada pendapat sesetengahnya, dua pertiga dari bandar Istanbul adalah harta wakaf.

.......................

Kepelbagaian harta wakaf (awqaf) ketika era pemerintahan Osmanli boleh dikatogerikan seperti berikut:

1.    Masjid-masjid Jamek (di mana solat jumaat dilaksanakan), masjid-masjid (di mana solat lima waktu dilaksanakan), dan musalla-musalla di dalam negeri yang melaksanakan solat hari raya dan solat Jumaat.

2.    Madrasah, sekolah, perpustakaan, zawiyya, dergahs.

3.    Pancutan air, sebils (air pancut minuman), tadahan air, kolam, telaga, tasik, jalan raya yang baik.

4.    Kafilah-kafilah, hospital-hospital, kuburan dalam kawasan masjid dan di luar pekan, padang rumput untuk lembu yang lemah dan kambing meragut.

5.    Wakaf untuk para Haramayn ash-Sharifayn, dikhususkan untuk membantu orang kesusahan di dua kota suci dan juga untuk jemaah haji yang terkandas dan menjamu air dan sherbat (air minuman tanpa alkohol yang manis) untuk para haji.

6.    Wakaf yang dikhususkan untuk lelaki yang mengajar di masjid-masjid, mengajar tafsir, hadis, fekah di dalam masjid-masjid, untuk membaca Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan Delailul Khayrat di dalam masjid-masjid dan di kuburan orang-orang penting dan awliya, untuk membeli suras Nebe’dan Mulkuntuk kanak-kanak miskin dan juga hadiah wang untuk kanak-kanak yang berjaya menamatkan bacaan Quran (khatam).

7.    Wakaf yang dikhususkan untuk membaca selawat di dalam masjid-masjid dan zawiyya, untuk dibelanjakan untuk lawatan dari sesetengah masjid ke Lihya-i Sa’adet (janggut Rasullillah (saw)), untuk dibelanjakan bagi tujuan membuat dan memelihara / menjaga lampu-lampu (lilin) di masjid-masjid, mencabut rumput di dinding-dinding masjid dan zawiyya.

8.    Wakaf yang dikhususkan untuk menjamu kurma, buah zaitun, air kepada orang-orang mukmin di dalam masjid di bulan Ramadhan dan di hari-hari suci (untuk buka puasa).

9.    Wakaf (dalam nilaian wang atau makanan) dikhususkan untuk diagih-agihkan pada orang miskin pada waktu-waktu tertentu, khususnya ketika bulan Ramadhan dan di malam Ragaib dan Berat, wakaf untuk membeli perkakasan rumah dan pakaian pengantin perempuan miskin, menganjurkan majlis pemakaman untuk simiskin dan membeli pakaian untuk kanak-kanak miskin dan janda-janda pada hari raya, wakaf (wang) khusus untuk membeli perkakasan rumah seperti kaca dan jar tembikar menggantikan yang pecah disebabkan oleh kanak-kanak dan pembantu bagi melindungi mereka dari dicela/dimarahi.

10.    Wakaf untuk membantu musafir, memerdekakan hamba dan membayar kitibet yang diperlukan untuk memerdekakan hamba.

11.    Wakaf untuk menulis Quran dan buku-buku agama, untuk membelinya, untuk membaiki dan mengikatnya, serta untuk rumah-rumah amal.

Sejumlah wang yang besar, kawasan-kawasan ladang yang luas, ladang-ladang dan hamba-hamba telah diperuntuk dan dikhususkan untuk semua tujuan di atas.

Mari kita perincikan sebahagian dari perkara yang memerlukan penjelasan:

1.    Wakaf untuk masjid jamek dan masjid-masjid lain: Waqfiyye mereka telah menyatakan berapa ramai orang, termasuk imam, muazin, qayyums dan sebagainya, dilantik di situ, berapa upah yang akan diberi kepada mereka, berapa banyak wang yang diperuntukkan untuk memelihara dan membaik pulih bangunan, berapa upah mutawalli akan dibayar, dan sebagainya.

Musalla dan Namazgah dibina di luar kota dan di pekan-pekan untuk membolehkan para mukmin berkumpul beramai-ramai untuk mengerjakan solat hari raya. Tempat tersebut akan dijaga dan dibersihkan, menara dan mimbar akan dibina dan sejumlah hamba akan ditugaskan di situ.

Sebagai contoh satu tempat yang melaksanakannya harus diceritakan di sini. Tempat musalla di luar pekan Jizrah, berdekatan Judi di tenggara Anatolia bersempadanan dengan Iraq, pernah menarik sejumlah orang ketika era Osmanli untuk melaksanakan solat pada hari Hidrellez (masa di mana Khidir dan Ilyas bersama). Tempat ini adalah tempat tambatan dan tempat berlabuhnya kapal nabi Nuh (as). Orang Armenia mencarinya dan hanya sia-sia di Agri (Ararat), mengingatkan kepada kata-kata lucu Nasreddin Khoja: apabila orang-orang hebat ini kehilangan kunci di dalam bilik yang gelap dan mereka mencarinya di dalam bilik yang lain, yang terang. Ia adalah mudah, tetapi sia-sia, satu petunjuk kepada kelemahan dan psikologi manusia.

2.    Wakaf untuk Madrasah: Para pewakaf (waqif) menyatakan dalam surat wakaf (waqfiyye) sejumlah wang yang patut dibayar kepada Muderris, berapa banyak wang-saku setiap pelajar patut diterima, sayuran dan daging jenis apa yang patut dimasak untuk setiap hidangan, berapa ramai pekerja untuk membersihkan madrasah dan untuk tujuan lain, berapa upah mereka, dan sumber-sumber pendapatan untuk menampung perbelanjaan ini. Madrasah pernah dipanggil mengikut jumlah yang dibayar kepada muderris: sekiranya seorang muderris dibayar 30 akchas sehari, madrasah itu akan dipanggil otuz akchali, atau otuzlu (menerima tiga puluh). Dan ia dipanggil kirkh (menerima empat puluh), effil (menerima lima puluh) dan seterusnya.

Kerajaan tidak membayar satu sen pun untuk pendidikan sehinggalah pada zaman Tanzimat (1839) menandakan bermulanya peng’Eropah’an. Para mukmin yang kaya membina madrasah-madrasah ini dan mewujudkan waqaf (kedai, bangunan, padang, kebun) untuk institusi ini.

Dalam merancang pembinaan madrasah, ia amat penting untuk memastikan pemencilannya dari dunia luar dan menyediakan suasana untuk pelajar menumpukan pelajaran mereka tanpa gangguan. Secara umumnya, bilik-bilik dibina dalam laman yang tertutup, sesetengahnya mempunyai kolam kecil ditengah-tengahnya. Setiap bilik mempunyai dandang api sendiri. Pintu bilik mengarah ke laman. Tingkap yang tinggi dan sempit mengadap jalan, hanya untuk membenarkan cahaya masuk.

Madrasah-madrasah berada dalam peringkat-peringkat akedemik yang berbeza-beza.  Peringkat asas selalunya banyak termasuklah ada di kampung-kampung. Sebaliknya, madrasah Fatih Sultan Mehemmed (1451-1481) dan Kaanuni Sultan Suleyman (1520-1566) adalah diperingkat universiti dan lebih tinggi, mempunyai jabatan-jabatan yang khusus.

Fatih telah membina empat madrasah di timur masjid baginda dan empat lagi di barat masjid. Kelapan-lapan madrasah ini dipanggil sahn-i seman atau madrasah semaniye. Kesemuanya diperingkat universiti dan setiapnya mempunyai sembilan bilik. Di belakangnya terdapat lapan peringkat madrasah yang lebih rendah, yang dipanggil tetimme. Ia melatih pelajar untuk keperingkat lebih tinggi di semamiye.

Terdapat muderris (professor) di setiap madrasah sahn-i seman, setiap daripadanya dibayar 50 akchas sehari. Setiap madrasah mempunyai seorang mu’iyd (professor madya); setiap mu’iyd dibayar 5 akchas sehari. Dalam setiap bilik, pelajar menerima sebanyak 2 akchas sehari. Makanan datang dari dapur umum. Terdapat pembantu yang bertanggungjawap menjaga kebersihan dan keperluan lain.

Madrasah yang dipanggil tetimme mempunyai lebih dari seorang murid dalam satu bilik. Mereka menerima makanan juga dari dapur umum. Suleymaniyye medresesi mempunyai pengkhususan dalam matematik, perubatan dan darul hadis. Terdapat juga ahli kimia dan klinik.

Selain dari itu, terdapat madrasah yang melaksanakan pengkhususan seperti:

Darul Qurra dimana pelajarnya menghafal keseluruhan Quran dan mengkhusus kepada ‘ilmil qiraet.

Darul Hadis mengkhususkan kepada kaedah-kaedah hadis dan al-Ahadithin Nabawiyya.

Wakaf perpustakaan: Termaktub dalam waqfiyye berapa banyak bayaran pustakawan akan dibayar, berapa pekerja-pekerja lain akan dibayar dan dari hasil mana ia akan mendapat sumber pendapatan untuk perbelanjaan membaiki dan memelihara bangunan dan buku-buku.

Wakaf untuk zawiyyas dan dergahs: Secara umum, pemerintah dan pegawai tinggi kerajaan akan membina institusi-institusi ini untuk ditadbir oleh ahli sufi yang terkenal. Waqfiyye menjelaskan secara terang jenis makanan yang akan dimasak dan dihidangkan, dari sumber mana pendapatan akan diterima, berapa banyak upah imam akan dibayar, dan sebagainya.

3.    Pancuran Air: Mereka yang membina dan mewakafkan pancuran air, adakalanya membawa air dari tempat yang jauh, menyatakan dalam waqfiyye mereka bagaimana pancuran air ini akan diselenggara dan sekiranya memerlukan pembaikan, dan juga berapa ramai pekerja yang akan ditugaskannya.

Ada banyak wakaf untuk mengambil air tadahan, membina kolam untuk menyiram pokok buah-buahan dan kebun dan untuk menyelenggara kolam untuk kemudahan pengairan. Ada juga wakaf untuk melicin dan menyelenggara jalan raya. Adalah berbaloi untuk menyatakan Devlet-i ‘Aliyye-i Osmaniyye mengecualikan beberapa ra’aya dari cukai yang diambil dari golongan bukan Islam bagi menyelenggara dan membaiki sebahagian jalan raya di kawasan mereka.

Sebagai contoh, Waqfiyye Air Suleyman yang Hebat:

Termaktub dalam Waqfiyye Air Suleyman yang Hebat, sesiapa yang membawa air minuman dari daerah Kagithane ke Istanbul, bertarikh 23 Disember 1565, “Sultan yang menghiasi negara Islam dengan dapur umum membawa air ke perbandaran Muslim, khususnya ke kawasan suci Al-Quds dan Istanbul yang dijaga, orang yang membawa perubahan kurun ke 10 (Mujaddidul Qarnil ‘Ashir al-Hiffi), penegas agama dengan izin ilahi.” Baginda telah menyerahkan hasil pendapatan bandar Aydos dan lima kampung bagi menyelenggara dan membaiki aliran air berdasarkan ayat dan hadis berikut:

“dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak mampu menghitungnya.”

(Surah Ibrahim, 34, An-Nahl 18)

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan”

(Surah Al-Baqarah 110)

 

 

Dan:

“Bahagian kamu dari dunia ini ialah apa yang kamu makan dan gunakan, apa yang kamu sarungkan dan pakai dan apa yang kamu sedekahkan dan tinggalkan tanpa disentuh”

“Apabila anak Adam meninggal dunia, kitab amalannya akan ditutup, melainkan tiga: anak yang soleh yang mendoakannya, ilmu yang bermanfaat, dan sedekah jariah”

(Hadith Sharif)

 

Memandangan air yang dibekalkan ke Istanbul melalui kawasan pergunungan, lembah dan perbagai, pengairannya memerlukan penjagaan. Sekiranya hasil dari wakaf tidak mencukupi untuk tujuan tersebut, telah dinyatakan bahawa wang yang diperlukan akan diambil dari sumber wakaf Kaanuni yang lain.

Biar saya terangkan tentang wakaf yang lain pula: Nasuh Chelebi, anak kepada Ahmed, menyerahkan kebunnya kepada rakyat Karaja Focha di barat Anatolia dimana dia menjadi komander Istana. Dia menyatakan, dari hasil wakafnya, sejumlah wang yang diperlukan akan digunakan untuk membaiki dan memelihara rantai dan bakul telaga yang berhampiran dengan kebun tersebut. Telaga tersebut akan dibersihkan dari masa ke semasa. Dia menjadi mutawalli ketika hidupnya, dan menyatakan tugas tersebut akan disambung oleh anak dan cucu selepasnya. Sekira keturunannya tiada lagi, pentadbir wakaf akan melantik mutawalli yang sesuai. Hasil dari wakaf adalah sebanyak 100 akchas.

Kita ketahui ais akan digunakan di air pancur ketika hari panas di musim panas. Iaitu, ais akan diletakkan di dalam air yang diberikan di air pancur. Selain dari itu, sesetengah air pancur mempunyai wakaf yang juga mempunyai sarang lebah yang mana madunya akan dicampurkan bersama air pancur tersebut.

4.    Rumah Rehat Kafilah: Kerajaan Osmanlis mengambil tradisi rumah rehat Seljuks, nenek moyang mereka. Rumah Rehat Kafilah amat kuat, bangunannya seperti sebuah istana, mudah untuk dipertahankan, memberi tempat berteduh kepada kafilah-kafilah dan para musafir yang menunggang kuda dan unta.

Ia dibina di lebuhraya yang selalu digunakan dalam jarak yang berpatutan. Kafilah boleh bergerak dari satu rumah rehat di waktu pagi dan tiba ke satu rumah rehat yang lainketika tengah hari, atau sebelum matahari terbenam. Jarak di antara dua rumah rehat adalah dalam lingkungan 22 ke 25 batu. Ia mempunyai bilik berasingan untuk tetamu, setiap satunya mempunyai pendiang, dan ruang khas untuk menyimpan makanan, dapur, kandang kuda dan unta untuk tetamu, makanan dan jerami untuk binatang, gudang untuk barang jualan, masjid, shadirvan (tangki bersambung dengan masjid untuk kegunaan berwuduk), bilik mandi, pembuat kasut untuk membaiki kasut para musafir dan membuat kasut secara percuma untuk musafir miskin dan doktor haiwan. Setiap musafir, sesiapapun mereka, tanpa mengira warganegara, bangsa atau agama, boleh menjadi tetamu wakaf selama 3 hari tanpa sebarang bayaran. Walaupun sekiranya musafir tersebut seorang hartawan, beliau tersebut tidak perlu membayar apa-apapun. Semua perbelanjaan akan ditanggung oleh wakaf.

Cuma sebilangan rumah rehat kafilah kecil yang tidak diwakafkan, menerima sedikit bayaran untuk menanggung perbelanjaannya. Sebaliknya, rumah penginapan atau hotel di pekan dan bandar akan mengambil bayaran perkhidmatan.

Setiap tetamu tidak dibenarkan meninggalkan rumah rehat ketika malam hari. Pada waktu pagi, pegawai akan menanyakan tetamu mereka sama ada semua barang-barang mereka dalam keadaan baik dan tiada yang hilang. Apabila mendapat jawapan tiada yang hilang, pembantu rumah rehat akan melihat mereka pergi sambil mengucapkan “Berhati-hati, jangan terima sesiapa yang kamu tidak kenali untuk bersama kamu”. Tetamu kemudiannya akan mendoakan pewakaf dan berlalu pergi. Tetapi, tetamu akan diterima walaupun tiba di tengah malam oleh pembantu yang tidur di pintu, dan akan dijamukan makanan sebaik sahaja tiba.

5.    Hospital-hospital: Kerajaan Osmanlis juga mengikut Seljuks dalam tradisi hospital. Hospital pertama di Osmanli era dibina oleh Yildrim Bayezid (1389-1402) di Bursa. Ia juga tempat pengajian pada masa yang sama, dalam kata lain disebut sebagai fakulti perubatan dan juga hospital latihan pada masa kini. Yang kekal adalah tembok 1 meter tinggi di Darush Shifa ini. C. Niebuhr dari Denmark yang melawat Bursa pada January 1767 mencatatkan para pesakit mental juga dirawat di hospital ini (v.III, p. 145, Tab. XII).

Hospital yang dibina di Istanbul oleh Fatih Sultan Mehemmed pada tahun 1471 sebagai sebahagian dari kulliyye mempunyai 1 ketua doktor, 1 ketua operasi dan sekitar 200 doktor-doktor, para ahli-fungsi, pembantu dan sebagainya. Pesakit-pesakit akan dijamu dengan daging ayam hutan berkaki merah dan pegar, dan sekiranya ia tiada, daging burung bulbul dan pipit akan diberikan mengikut waqfiyyenya (surat amanah). Pesakit mental akan dirawat menggunakan muzik.  Diketahui ada berbagai jenis rentak dan alunan muzik yang berbeza-beza yang digunakan mengikut jenis penyakit mental tersebut.

Anak Fatih, Bayezid ke-dua menyerahkan 90 kampung, banyak kedai di Istanbul dan Edirne, dan beberapa bilik mandi awam,  sebagai wakafnya untuk kulliyyenya yang dibina antara tahun 1484 dan 1488 di Edirne. Hospital, salah satu dari kulliyyenya, mempunyai 1 ketua doktor, 2 orang doktor, 2 orang pakar bedah, 2 orang doktor mata, seorang ahli kimia, 5 orang pembantu hospital, seorang tukang gunting rambut, seorang pemandi mayat, seorang setiausaha, seorang pelayan, seorang ketua pelayan, 2 orang tukang masak dan seorang pembawa surat – kesemuanya berjumlah 21 orang kakitangan. Dan hospital ini direka untuk mempunyai 50 orang pesakit. Jadi, 21 orang akan merawat 50 pesakit! Di bangunan pusat, pesakit-pesakit akan diberikan selimut sutera dan pesakit mental akan didengarkan pada lagu-lagu yang dimainkan oleh 10 ahli muzik 3 hari seminggu seperti yang diceritakan oleh musafir terkenal Evliya Celebi. Makanan pesakit dan pesakit mental akan diberi penjagaan rapi. Ahli kimia di hospital juga akan memberikan ubat-ubatan secara percuma kepada orang-orang miskin.

KuliyyeBayezid kedua merangkumi sebuah masjid, sebuah hospital, sebuah pengajian (madrasah), dapur, tempat memasak dan dapur awam telah dibina di sebuah padang rumput di tebing Sungai Tunja di Edirne. Hospital tersebut mempunyai bangunan pusat dengan 12 kubah kecil dan sebuah kubah besar di tengah-tengahnya, dan 6 bilik klinik yang mengelilingi sebuah taman kecil.

C. Niebuhr telah melawat Edirne pada Jun 1767, dan beliau mencatatkan pesakit mental juga menerima rawatan di hospital tersebut (v.III, pp. 163-164).  Hospital tersebut digunakan sehingga tahun-tahun sebelum Perang Dunia Pertama, dan ia diperbaiki baru-baru ini.

Isteri Yavuz Sultan Selim, ibu kepada Suleyman yang hebat, menyerahkan sebuah wakaf di Manisa yang mula berkhidmat pada tahun 1539. Dalam kuliyye-nya terdapat sebuah dapur umum, didirikan bersebelah masjid dan tempat pengajian dengan sepuluh bilik dan sebuah kelas. Terdapat juga sebuah hospital, sebuah zawiyya untuk ahli sufi didirikan bersebelah dapur umum dan sebuah sekolah untuk kanak-kanak. Terdapat juga bilik-bilik rehat yang dinamakan tabhane, dapur, ruang makan, gudang, dangau kayu, kandang kuda dan beberapa bangunan di dalam dapur umum.

Di dalam hospital terdapat seorang ketua doktor, seorang pakar bedah, 2 orang doktor mata, seorang pakar mental, 2 orang ahli kimia, 2 orang pembantu ahli kimia, 4 orang pembantu hospital (2 orang bertugas pada siang hari dan 2 orang bertugas pada malam), seorang pentadbir, seorang setiausaha, 2 orang tukang masak dan seorang tukang basuh. Semua mereka berkhidmat untuk 20 orang pesakit sahaja!. Pes atau gula yang dinamakan Manisa Mesiri atau Mesir Macunu disediakan mengguna 40 lebih jenis herba dan rempah dan diedarkan kepada para pesakit dan orang miskin pada permulaan musim bunga.  Tradisi ini masih diteruskan sehingga kini. Mereka membaling cebisan pes yang dikatakan mempunyai bahan penyembuh, dari kubah masjid yang dikenali orang ramai sebagai Sultan Camii (Masjid Sultan).

A.Thevenot menyatakan (dalam Reysen des Herrn v. Thevenots in Europa, Asia und Afric, Frankfurt 1963, II, pp. 28-29) bahawa terdapat hospital di Damascus yang dibina oleh Suleyman yang hebat. Mengikut keterangannya, institusi ini dibina untuk para jemaah dari pelbagai agama oleh pembuka bandar Rhoder kepada Islam, iaitu Sultan Suleyman. Beliau mencatatkan bahawa ia merupakan bangunan yang sangat indah dengan empat buah kubah. Ia mungkin merupakan sebuah zawiyya Sultan Suleyman di Damascus, dibina oleh ahli arkitek terkemuka Sinan.

117 kakitangan bekerja di kuliyye Hafsa Sultan:

1.    Seorang mutawalli. Beliau akan menerima 50 dirhams (wang perak) sehari

2.    Seorang nazir. Beliau akan menerima 10 dirham sehari.

3.    Seorang setiausaha. Beliau akan menerima 6 dirham sehari. Beliau merupakan ketua setiausaha untuk wakaf.

4.    Seorang setiausaha lain. Akan merekod hasil wakaf dan akan menerima 6 dirham.

5.    Seorang setiausaha lain. Tugasnya merekod hasil wakaf di Urla. Beliau akan menerima 2 dirham sehari.

6.    Dua orang pemungut hasil. Setiap orang akan dibayar 2 dirham sehari.

7.    Tiga orang pemungut hasil dari kampung-kampung tertentu. Setiap orang akan dibayar 2 dirham sehari.

8.    Seorang imam. Akan dibayar 5 dirham sehari.

9.    Seorang khatib. Akan dibayar 5 dirham sehari.

10.    Seorang tukang azan. Akan dibayar 2 dirham sehari.

11.    Seorang muvaqqit. Akan dibayar 3 dirham sehari.

12.    Sepuluh ahli hafiz. Mereka akan membaca dan khatam Al-Quran setiap minggu. Mutawalli akan membayar mereka 100 dirham seminggu sebagai perbelanjaan makanan, selain dari menerima 2 dirham setiap hari. Ketua hafiz akan menerima 3 dirham sehari.

13.    Seorang meddah. Dia mestilah seorang yang memiliki suara yang merdu. Tugas beliau adalah mendendangkan qasidah dan na’ts sebagai puji-pujian kepada rasulullah, moga Allah memberkati dan merahmatinya.

14.    Seorang mu’arrif. Tugasnya mendoakan Hafsa Hatun dan para mukminun ketika waktu solat. Dia akan menerima 3 dirham sehari.

15.    30 ahli hafiz. Setiap mereka akan membaca satu juz (20 mukasurat) Al-Quran di masjid selepas waktu solat zohor. Setiap mereka akan menerima 2 dirham (setiap hari khatam).

16.    Sepuluh musebbih. Mereka merupakan orang yang membaca tasbih setiap hari selepas waktu zohor di masjid, untuk dihajatkan ke atas roh-roh yang ditujukan. Setiap mereka menerima 1 dirham sehari.

17.    Dua orang qayyum untuk menjaga dan membersihkan kawasan. Setiap seorang menerima 2 dirham sehari.

18.    Seorang qandilji. Tugas beliau menyalakan lampu masjid dan ‘menidurkannya’ (dalam tradisi Osmanli, terutama zawiyya, lampu tidak ‘dipadamkan’ sebaliknya ‘ditidurkan’. Ia kemudiannya ‘dibangunkan’ – uyarilir). Beliau akan menerima 2 dirham sehari.

19.    Seorang muderris. Beliauakan mengajar di pengajian (madrasah) setiap hari kecuali hari cuti. Beliau adalah lelaki yang tinggi ilmunya, fasih dalam ‘Ulumul ‘Aqliyye dan ‘Ulumun Naqliyye. Beliau patut mampu menjawap soalan agama dan menyelesaikan masalah.

20.    Di sana akan terdapat 10 ahli bijak pandai, baik tingkah laku, pelajar yang kuat berusaha di tempat pengajian. Setiap seorang dari mereka akan mendapat 2 dirham setiap hari.

21.    Seorang penghantar untuk madrasah. Beliau akan dibayar 1 dirham setiap hari.

22.    Akan terdapat seorang sheikh dengan 10 orang murid di zawiyya. 10 orang murid tersebut akan tinggal di 10 bilik zawiyya. Mereka adalah dari golongan ahli sunnah wal jamaah dan tidak dari golongan pengikut hawa dan bid’at. Mereka akan memenuhkan masa dengan beribadat. Seorang sheikh akan dibayar 10 dirham dan murid-muridnya 2 dirham sehari.

23.    Seorang qayyum untuk zawiyya. Beliau akan menerima 1 dirham sehari.

24.    Seorang guru untuk sekolah kanak-kanak (sibyan mektebi). Dia akan menerima 5 dirham sehari.

25.    Seorang kalfa  untuk sekolah. Dia akan menerima 3 dirham sehari. Orang miskin dan anak-anak yatim boleh bersekolah di sekolah ini. Setiap hari 2 dirham akan diketepikan untuk setiap orang anak yatim untuk membeli pakaian mereka pada hari raya aidil-fitri.

26.    Seorang noqtaji mendapat 10 dirham sehari. Dia mestilah seorang yang amanah dan boleh dipercayai. Tugasnya ialah untuk menmeriksa kedatangan setiap pekerja pada setiap hari. Sekiranya terdapat pekerja yang tidak hadir, gaji mereka akan dipotong. Kedatangan tidak diperlukan pada hari cuti.

27.    Seorang jurutera sivil. Dia akan dibayar 3 dirham sehari. Dia akan membaiki tempat yang rosak dan menyelenggara laluan air.

28.    2 orang juru-teknik untuk memeriksa laluan air di bilik mandi umum dan di pancutan air di perkampungan Kirkagac. Setiap mereka dibayar 1 dirham sehari.

29.    Seorang ketua akan ditugaskan di dapur umum. Dia mestilah seorang yang baik hati, lemah lembut, berlakuan baik. Dia akan menyediakan menu dapur umum setiap hari, hadir pada masa pemberian makanan pada masa yang sesuai, menerima tetamu dengan gembira, melayan mereka mengikut kedudukan sosial mereka, dan memastikan makanan mereka diberikan tepat pada waktunya. Buah barli akan diberikan pada kuda-kuda 10 orang tetamu. Selepas 3 hari, dia akan melepaskan mereka pergi dengan senyuman. Dia tak boleh bermasam muka dengan tetamu. Dia akan memeriksa daging dan bahan-bahan masakan yang lain sebelum dimasak. Apabila masak, dia akan merasa makanan tersebut, samada ia sedap atau tidak. Dia perlu melaporkan sebarang masalah berkenaan petugaskepada mutawalli, kadang-kala termasukcadangan penukarannya. Dia perlu mengajar para pekerja tentang perilaku yang baik. Setiap mereka yang bekerja di dapur umum perlu menjalankan arahan yang dikeluarkannya dengan baik. Beliau akan menerima 10 dirham sehari.

30.    Seorang kepala pelayan akan menerima 3 dirham sehari.

31.    Dua orang qayyum untuk dapur umum. Mereka haruslah seorang yang baik dan muslim yang bertanggungjawap. Tugas mereka adalah membahagi dan memberikan makanan kepada setiap tetamu.

32.    Dua orang ferrash. Tugas mereka adalah menghampar dan melipat tutup meja di dapur umum dan membantu tugas-tugas lain.

33.    Seorang pembantu bilik air (tandas). Dia akan memastikan baldi yang digunakan di tandas dan di tempat wuduk adalah baldi yang berbeza, bersih dan kemas. Dia akan menerima 3 dirham sehari.

34.    2 orang pakar tukang masak. Setiap mereka akan dibayar 5 dirham sehari.

35.    2 orang pembantu tukang masak. Setiap mereka akan dibayar 2 dirham sehari.

36.    Seorang pelayan, dengan 4 dirham sehari.

37.    2 orang pembuat roti. Setiap mereka akan dibayar 4 dirham sehari.

38.    Seorang pegawai gudang. Dia akan dibayar 2 dirham sehari.

39.    Seorang penghantar surat. Dia akan dibayar 3 dirham sehari.

40.    Seorang penguli tepung. Tugas beliau adalah menguli gandum yang akan dimasukkan dalam setiap makanan. Dia akan dibayar 2 dirham sehari.

41.    Seorang pengisar gandum di kilang. Beliau akan dibayar 4 dirham sehari.

Hafsa Hatun menyatakan dalam kertas waqfiyyenya keperluan untuk menukar pekerja yang tidak bekerja dengan baik.  Pekerja-pekerja tersebut boleh ditukarkan oleh mutawalli, tetapi penukaran jawatan lain seperti Imam dan Muazin hanya boleh dengan kebenaran Kadi. Hafsa Hatun menyatakan bahawa 2 kali dalam sehari, pada pagi dan selepas tengahari, makanan akan disediakan kepada orang miskin, tetamu di zawiyya, pelawat Syed (keturunan nabi Muhammad (saw), ulama dan soleha. Sipahis (petugas tentera berkuda tempatan), para petugas dan mereka yang bekerja di situ tidak boleh dikatogerikan sebagai tetamu di dapur umum, kerana mereka telah menerima bayaran dan tidak perlu dibantu.

Untuk membiayai setiap perkara di atas, Hafsa Sultan menyerah perkara berikut untuk wakaf beliau:

Bandar Urla berdekatan Izmir, hasil pendapatan 13 kampung, sedikit hasil cukai tempatan, beberapa kedai di bandar Sobije, hasil pendapatan dari tempat mandi umum di Manisa berdekatan Istana Sultan Suleyman, 3 buah kampung di Manisa, kilang di bandar Korele dan sebuah hutan berdekatan Manisa.

Osman Nuri Ergin, penulis terpelajar, menulis tentang kuliyye yang merangkumi masjid, tempat pengajian, hospital, restoran, rumah tetamu, makam, istana dan juga menara masjid yang juga dipanggil dapur umum. Sebagai satu contoh terbaik, ialah satu darinya yang dibina dan diserahkan oleh Mihirishah Valide Sultan, isteri kepada Sultan Mustafa III dan ibu kepada Sultan Selim III di dalam bandar Ayyub Sultan dalam daerah Istanbul. Dapur umum ini dan kuliyye telah digunakan pada tahun 1208/1793 dan masih berterusan berkhidmat untuk rakyat.

Apabila pesuruh Allah (saw), berhijrah ke Madinah al-Munawwara, baginda adalah tetamu kepada Abu Ayyub Khalid ibnu Zayd Al-Ansari (ra). Abu Ayyub menyertai peperangan pada 50H/670M ke Konstantinapole (Istanbul), dimana beliau telah mati syahid dan dikebumikan di luar tembok kota. Para Orientalis memanggil beliau sebagai askar arab. Pada orang Turki, beliau adalah Eyub (Ayyub dalam bahasa Turki) seorang Sultan. Apabila Sultan Osmanli Sultan Fatih Mehemmed membuka kota Konstantinapole (Istanbul) kepada Islam, baginda sultan telah meminta ketua rohani Akshemseddin (ra) menentukan tapak pengkebumian tersebut pada tahun 857H/1453M, dan telah ditentukan di kawasan perjalanan mukishefe. Tapak perkuburan dan sebuah masjid telah dibina dan dinamakan sempena Abu Ayyub oleh Fatih, dan daerah tersebut dinamakan ‘Eyup’. Tapak perkuburan ini dilawati oleh Sultan Osmanli yang baru dilantik dan upacara pemasyuran (julus merasimi) dilaksanakan di sana, penganugerahan pedang Islam di hadapan para sahabat dan mujahid. Sultan, perdana menteri atau menteri, yang keluar atas nama jihad (tentera diraja), akan pertamanya menziarahi kuburan Abu Ayyub. Sehingga kini, kanak-kanak yang akan berkhatan, dan pasangan yang baru berkahwin akan datang menziarahi kubur beliau

Permaisuri yang dermawan ini telah membina dapur umum di kawasan Eyup Sultanini.

6.    Wakaf Haramayn:Hasil pendapatan dari jenis wakaf ini disalurkan kepada orang miskin di kedua kota suci Makkah al-Mukarrama dan Madinah al-Munawwara, kepada mereka yang terkandas dalam perjalanan ke atau dari urusan Haji, dan untuk memberikan minuman pada para haji dan sherbet (minuman manis tanpa alkohol). Difahamkan  jenis wakaf ini adalah suatu perkara biasa pada era Osmanli. Mari kita nyatakan 2 darinya di sini:

 

-    Ketika dikepung oleh pasukan musuh di Kanitza pada tahun 1601, Tiryaki Hasan Pasha menaikkan semangat tentera-tenteranya dengan menyatakan “Kanije dan seluruh tanah sekelilingnya adalah tanah wakaf untuk Madinah al-Munawwara, jadi Allah tidak akan membenarkannya jatuh ke tangan kafir.” Kanitza merupakan kawasan yang terletak di tengah-tengah Eropah, ini bermakna, Osmanli juga telah membuat wakaf di sana, bahkan di mana saja mereka berkuasa.

 

-    Oleh kerana Fatih telah merobohkan empayar Rom Timur (Byzantine), baginda tidak pernah dimaafkan oleh para orientalis apatah lagi dijadikan tajuk kajian penyelidikan mereka. Tetapi menjadi sesuatu yang lebih besar dari umur kebijaksanaannya (baginda mengetahui 6 jenis bahasa dan merupakan seorang penyajak yang bijak dan terpelajar), para orientalis kadang kala menyandarkan kepada beliau, dengan berpura-pura mengatakan ibunya beragama Kristian bernama Mara, Stella atau sebagainya. Sebaliknya, ibu baginda merupakan dari keturunan Jandaroglu Beglik dari wilayah Kastamonu di Anatolia, dan nama ibunya adalah Halime Huma Hatun. Halime anak kepada Ibrahim Bey. Apabila ibunya berkahwin dengan bapanya, Murad ke-2 dalam tahun 1424, dia telah menggunakan hamam (tempat mandi awam) dalam perjalanannya ke rumah suaminya. Hamam ini dinamakan gelin hamami (Hamam Pengantin) terletak di kampung Chayirjik berdekatan pekan Devrekani, dalam daerah kota Kastamonu. Pada setiap bulan May, orang ramai akan meraikan peristiwa ini.

 

Hasil dari hamam ini disalurkan kepada wakaf Haramayn. Orang ramai menggunakannya berabad-abad, dan wang yang dibayar pergi ke tempat yang disalurkan.

...........................

Pendek kata, seperti yang dinyatakan oleh Ibrahim Hakki, “Orang Muslim Turki telah menyerahkan wakaf dalam segala bentuk untuk keperluan manusia; ia mengambil masa yang lama untuk menceritakan setiap persatunya dan akan mengambil berbuku-buku untuk menerangkannya.”

Mereka memperuntukkan wakaf untuk para janda, gadis-gadis miskin untuk membeli pakaian pengantin, untuk para musafir, untuk upacara pengkebumian para miskin dan orang tanpa waris, untuk para hamba, untuk memberi makan burung di musim sejuk dimana ia tidak dapat mencari makanan di dalam salji, memperuntukkan pengasuh untuk kanak-kanak bagi ibu yang bekerja, menjaga para miskin dan anak-anak yatim, juga untuk pelajaran mereka, memberi gantian bagi balang yang dipecahkan oleh anak-anak atau pembantu, dan melitupi lendir di atas jalan dengan debu-debu. Lelaki dibayar oleh kul vakfi (wakaf abu) untuk menjaga jalan, jalan raya dan lorong di dalam bandar dan pekan, mengikut ketetapan tugas yang diberikan. Apabila mereka melihat orang meludah air liur atau kahak, tanpa mengatakan sesuatu kepada orang tersebut, mereka akan melitupinya dengan abu yang dibawa di dalam beg sandang yang digantung di atas bahu mereka yang diambil menggunakan penyodok kayu.

Waqif akan membina sesuatu yang indah untuk burung-burung di tembok-tembok masjid dan bangunan-bagunan lain. Murseli Aga yang tertentu telah memperuntukkan wakaf di Odemish, barat Anatolia, kepada burung-burung bangau yang tertinggal kawanannya akibat sakit dan sebagainya. Dia memperuntukkan hasil wakaf ini untuk memberi makan burung di hati, paru-paru dan babatnya. Setengah wakif memperuntukkan hasil wakaf mereka kepada burung yang datang ke pekan atau bandar ketika musim sejuk untuk mencari makan. Ramai yang meletakkan bekas kecil di atas kubur mereka untuk memberi minum kepada burung-burung.

Bagi menutup topik ini, mari kita menyentuh tentang sadaka tashlari (batu/tiang untuk si-miskin). Sadaka tasi adalah merupakan batu atau tiang setinggi satu setengah meter dengan permukaan licin atau berpahat di atasnya. Untuk bersedekah, orang ramai akan meletakkan wang atau barang sedekah di atasnya. Selepas waktu Isha, ketika semua orang pulang ke rumah masing-masing, sesiapa yang memerlukan boleh datang dan mengambil wang sedekah tersebut tanpa perlu risau tentang maruah dirinya, tanpa perlu bersama mengambilnya dan tanpa perlu diketahui oleh orang lain. Sesetengah sadaqa tasi mempunyai penutup atau bumbung untuk tidak memperlihatkan siapa yang meletakkan wang atau mengambilnya.

 

Hliangnya dinar dan dirham dari Arab Saudi

Hilangnya Dinar dan Dirham dari Arab Saudi


Ramai yang suka bertanya: mengapa Pemerintah Arab Saudi memakai wang riyal kertas, dan bukan Dinar dan Dirham? Ini sebahagian dari jawapannya.


Untuk menjawab pertanyaan mengapa Saudi Arabia memakai wang kertas riyal, dan bukan Dinar emas dan Dirham perak, kita perlu mengetahui kedudukan kerajaan ini. Pada mulanya wilayah Hijaz adalah sebahagian dari Daulah Utsmaniah yang, tentu sahaja, menggunakan Dinar emas dan Dirham perak sebagai mata wangnya. Pada pertengahan abad ke-18, sebuah amirat lokal, dipimpin oleh amirnya, Muhammad ibn Sa'ud (meninggal 1765), menguasai suatu desa yang kering dan miskin, Dariyah. kegiatannya yang selalu membuat onak, dan mengganggu jamaah haji, kelompok Al Sa'ud terus-menerus dalam konflik dengan pemerintahan Utsmaniah. Mereka mendapat bantuan dari Kerajaan British.


Pada tahun 1924, Parlimen Turki melalui Kamal Artarturk telah mengistiharkan bahawa Khilafiah Othmaniah sudah berakhir dan mengistiharkan penubuhan Republik Turki. Undang - undang shariah pada masa yang sama digantikan dengan undang - undang sekular.Empat hari selepas pengistiharan tersebut, Sharif Hussain yang menjadi penjaga haramain wilayah Othmaniah selama ini mengistiharkan dirinya sebagai Khalifah. 
Salah satu mata rantai awal pemberontakan ini sendiri, adalah Amir di Najd waktu itu, Abdullah Ibn Sa'ud, berhasil ditangkap dan akhirnya dipancung di depan istana Topkapi, di Istanbul, setelah diadili dan dinyatakan sebagai seorang zindiq, pada 1818.


Pada 13 Oktober dan 5 Disember tahun 1924, Abdul Aziz bin Saud telah menawan Kota Mekah dan Madinah. Jeddah di awal tahun 1925. Pada tahun 1925 juga, di bulan Desember, Ibn Sa`ud menyatakan diri sebagai Raja Hijaz, dan pada awal Januari 1926 ia menjadi Raja Hijaz dan Sultan Najd dan daerah-daerah bawahannya. Untuk pertama kali , empat wilayah penting di Jazirah Arabia, yaitu Najd, Hijaz, `Asir, dan Hasa, kembali berada di tangan kekuasaan suku Saud. Pada tahun 1932, Ibn Saud telah berhasil menyatukan apa yang sekarang dikenal sebagai Kerajaan Saudi Arabia.


Sebuah bank asing ditubuhkan di Jiddah pada tahun1926, tetapi kepentingannya sangat kecil. Bank-bank asing dan tempatan telah terbentuk apabilai pendapatan minyak mula  meningkat. Perniagaan mereka mengandungi kebanyakannya membuat memberi pinjaman jangka pendek, membiayai import, dagangan perdagangan, dan syarikat-syarikat yang memenuhi keperluan jemaah-jemaah haji.


Meninggalkan Muamalat


Sejak awal, Pemerintahan Saudi Arabia, merupakan sekutu Barat (bermula dengan British, kemudian Amerika Syarikat), dan menjadi semakin erat dengan penemuan minyak pada tahun 1950-an. Beroperasinya perusahaan minyak raksasa (Aramco = Arabian-American Oil Company) dengan markas besarnya di Dahran, di tempat yang sama dengan Pangkalan Tentera AS (i 1946), di Hijaz, merupakan simbol dan sekaligus sumber kekuasaan Rejim Sa'ud sampai ketika ini. Semakin hari kita semakin kita ketahui Rejim Saud makin meninggalkan muamalat dan mendakap kapitalisme barat.


Raja Abdul Aziz bin Sa'ud, pengasas Saudi Arabia, berkuasa penuh mulai tahun 1926 sampai 1953. Pada mulanya, setelah memasuki Mekkah (8 Jumadil Ula 1343 H), beliau menolak  wang kertas di wilayahnya, setelah memusnahkan wang kertas lira Turki sekular yang beredar di Haramain. Pada masa pemerintahannya, jamaah haji dari penjuru dunia menggunakan belbagai jenis koin emas dan perak dari negara masing-masing. Namun koin dinar Hashimi dan riyal perak Austria - Maria Theresa, juga riyal perak Hijaz yang paling popular di sana.


Maka, pada tahun 1950-an, adat kisah Raja Abdul Aziz yang selalu membawa harta kerajaan yang berupa koin emas-perak kemanapun dia pergi bagaikan orang kolot dan primitif. Namun setelah dia wafat, penggantinya, Raja Sa'ud bin Abdul Aziz (1953-1964), bersikap lain. Sejak ia berkuasa, dengan bantuan teknikal Amerika Syarikat pada tahun 1952 Arab Saudi Monetary Agency (SAMA)  ditubuhkan dan menerbitkan wang kertas riyal pada tahun 1961 melalui Dekrit Kerajaan 1.7. 1379 H, dalam pecahan 1 - 100 riyal.


Raja tergiur menerbitkan wang kertas kerana lebih menguntungkan daripada mencetak koin-koin riyal perak. Idea wang kertas diambil dari usaha SAMA atas penerbitan wang kertas resit yang berjalan dalam percubaan (trial)  pada musim haji sepanjang tahun 1953-1957. Dengan menerbitkan Haj Pilgrim Receipt dalam satuan riyal perak, SAMA mulai menarik semua jenis koin emas dan perak yang beredar di Haramain. Para jamaah haji dari luar negera pun diwajibkan menukarkan koin emas perak yang mereka bawa.



Lihat apa yang ditulis dibawah ... THE SAUDI ARABIAN MONETARY AGENCY HOLDS IN ITS VAULT TEN RIYAL AT THE DISPOSAL OF THE BEARER OF THIS FULLY NEGIOTABLE RECIEPT ....


Setelah populer, kupon haji itu pun kemudian dinyatakan tidak berlaku lagi sejak Oktober 1963 dan akhirya tanggal 20 Mac 1964, diganti dengan wang kertas riyal.


10 Riyal 1968 – Tiada lagi sandaran Perak.


Masalahnya sejak saat itu, ONH atau BPIH (Biaya Perjalanan Ibadah Haji) wajib dibayar dalam wang kertas dolar AS, bukan dengan wang kertas riyal! Sebab Kerajaan Saudi Arabia telah menyepakati pula berlakunya perjanjian Bretton Wood (1944), yang menyatakan bahwa dolar AS adalah satu-satunya mata wang yang laku untuk transaksi internasional. Segala transaksi dengan koin dinar Hashimi dan riyal perak (1 riyal = 4 dirham), termasuk koin real Maria Theresa di batalkan oleh negara. Maka umat Islam sedunia berduka atas hilangnya mata uang syariah dinar dan dirham.


Genaplah sudah makna hadis dengan maksud berikut: "Tak seorang pun manusia yang tidak memakan riba" yang diriwayatkan oleh Abu Daud, semoga Allah merahmatinya. Dinar dan Dirham dihapuskan sampai dua kali, pertama 1914 oleh Sultan-sultan boneka sisa Daulah Utsmaniah(Turki), dan keduanya pada tahun 1964 oleh KSA tersebut di atas. Tapi para ulama belum dapat mengambil kesimpulan dari terbitnya wang kertas riyal ini, tentang status halal-haramnya wang kertas. Sampai, akhirnya, diterbitkan fatwa tentang wang kertas, pada tahun 1984, yang menyatakan bahwa wang kertas adalah halal.


Lahirlah Fatwa :  "Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiat, Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40)
Begitulah, sejarah Islam yang dapat kita ketahui, fatwa Saudi Arabia yang menghalalkan wang kertas, satu-satunya fatwa resmi dari suatu pemerintahan ("Islam") di dunia ini. Tetapi, kisah ringkas sejarah ekonomi politik Saudi Arabia sebagaimana diuraikan di atas, kiranya cukup menjelaskan mengapa Saudi Arabia menggunakan riyal kertas, dan bukan Dinar emas dan Dirham perak.

 

Wang dari Kulit Unta

Sufyan al Jawi - Numismatik Indonesia

Khalifah Umar pernah memiliki gagasan membuat wang dari kulit Unta


Ada kisah unik pada masa Khalifah Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu,. Suatu ketika beliau memiliki idea untuk menjadikan kulit unta sebagai penilai harga rasmi. Artinya menjadikan kulit unta sebagai wang. Namun dengan berbagai pertimbangan, idea tersebut akhirnya dibatalkan.
Al Baladzari dalam Al Buldan Wa Futuhuha Wa Ahkamuha (hal. 515), meriwayatkan : "Sesungguhnya Umar Ibn Khattab pernah berkata: Ketika aku ingin menjadikan wang dari kulit unta, ada orang yang berkata 'kalau begitu unta akan punah'. Maka aku batalkan keinginan tersebut."

Imam Malik, mengkomentari hal ini dalam Al Mudawwanah (Juz : 3) : "Apabila pasar telah menjadikan kulit sebagai mata wang, maka aku tidak senang kulit tersebut dijual dengan emas dan perak."

Di sini perlu diberi catatan numismatik: yang dimaksud dengan wang dari kulit unta, iaitu lembaran ‘ain kulit unta (mirip mata wang kulit suku Red Indian), bukan wang resit  atau bank note, yang dalam istilah Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu adalah Rama'( riba kerana tangguh). Catatan ini penting diberikan kerana setengah pihak mengira idea pemakaian kulit unta sebagai wang itu mirip dengan pemakaian selembar kertas sebagai mata wang bank-note tersebut.

Ini dibuktikan dalam Al Muwatta.
Imam Malik rahimullah menulis:
"Yahya meriwayatkan kepadaku dari Malik, dari Abdullah bin Dinar, dari Abdullah ibn Umar bahwa Umar Ibn Khattab mengatakan: Jangan menjual emas untuk emas, kecuali sejenis dengan sejenis. Jangan menjual perak untuk perak, kecuali sejenis dengan sejenis. Jangan melebihkan bahagiannya atas bahagian lain. Jangan menjual sesuatu yang ada dengan sesuatu yang tidak ada. Jika seseorang memintamu menunggu pembayaran hingga dia berada dirumah, jangan tinggalkan dia. Aku khuatir rama" terjadi padamu. Rama" itu Riba"."

Rama' adalah penundaan pembayaran, seperti wang kertas atau bank note, yang ditegaskan oleh Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu dengan peringatan: Jangan menjual sesuatu yang ada (barang) dengan sesuatu yang tidak ada (surat janji pembayaran). Jadi sangat mustahil kalau Khalifah menghendaki mata wang kertas diterapkan di Darul Islam. Selanjutnya Imam Malik mengatakan: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam melarang penjualan sebelum serah terima barangnya."

Setelah membatalkan pemakaian kulit unta sebagai wang, pada tahun 20 Hijriah, Khalifah Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu menerbitkan koin Dirham Islam pertama di muka bumi, sesuai qadar Nuqud Nabawiyah. Standar dyang ditetapkan adalah: Dinar seberat 1 mitsqal = 20 qirat (4.25 gram) dengan qadar emas 22 k, dan Dirham seberat 7/10 mitsqal = 14 qirat (2.975 gram) dengan qadar perak murni (99.95%). Rancang bangun koin Dirham berdasarkan pola Persia ditambah huruf Arab gaya Kufi, dengan lafatz: Bismillah atau juga Bismillahi Rabbi di tepi lingkaran koin

Dirham Khalifah Umar Ibn Khattab RA, Bismillah, 20 Hijriah

Dinar Khalifah Abdulmalik ibn Marwan, Syahadatain dan Al Ikhlas, 77 Hijriah.

Zaid Ibn Tsabit radhiyallah anhu, secara khusus menamakan resit - resit itu sebagai Riba yang diperjualbelikan orang sebelum serah terima barang. Kerana merupakan resit atas wang sebenar (emas dan perak) yang belum ditebus ‘ainnya, lalu beliau memasang tanda peringatan tentang larangan bermuamalat dengan resit wang atau resit barang di Pasar Al-Jar.
Sejak saat itu umat Islam menolak penggunaan sistem wang kertas selama 1300 tahun lebih. Sampai datanglah para penyusup Yahudi yang menerobos jantung khilafah Utsmaniyah, menunggangi perang saudara 180 tahun lamanya, mendirikan bank pusat di Darul Islam. Runtuhlah khilafah, runtuhlah Dinar dan Dirham, dan runtuhlah syariat Islam.

Batas pemakaian fulus

Fulus adalah wang bantu untuk transaksi kecil, dan hanya boleh digunakan secara terbatas untuk jual beli di bawah satuan wang perak terkecil, saat ini adalah satu Dirham.
Sebagaimana syarat sahnya jual-beli, hutang piutang, syirkat, qirad, diyat, zakat, jizya, kharaj dan segala transaksi yang menggunakan wang, maka hanya nuqud Dirham dan Dinar yang dipergunakan sebagai hakimnya.

Pada masa Rasulullah SAW, dirham dan dinar diperjualbelikan dengan cara uji kadar dan beratnya (qirat dan wazan), sedang fulus tidak dipergunakan sama sekali! Padahal tamadun Rom telah pun memperkenalkan syiling kecil dari tembaga sebagai alat tukar yang lazim diterima pada masa itu. Berikut ini wazan nuqud yang lazim digunakan oleh Rasulullah SAW.

Wazan Dirham Perak
Berat Syar'i    Berat Gram    Keterangan
1 dirham           2.975        7/10 mitsqal = 14 qirath
1 nasy                  59.5        1 nasy = 20 dirham
1 auqiyah              119        1 auqiyah = 40 dirham
1 nuwah             14.875        1 nuwah = 5 dirham
1 daniq                  0.495        1 dirham = 6 daniq

Wazan Dinar Emas
Berat Syar'i    Berat Gram    Keterangan
1 mitsqal             4.25        Berat dinar standard
1 daniq emas    0.53125    1 mitsqal = 8 daniq emas
1 qirath               0.2125        1 mitsqal = 20 qirath

Untuk mengatasi kekurangan unit-unit kecil dalam nuqud, para Sahabat memecah koin dirham menjadi enam bagian (1/6) yang disebut daniq perak. Dalam sebuah riwayat dikisahkan bahwa Ali bin Abi Thalib RA memotong dinar menjadi empat bagian (1/4) untuk membeli sekerat daging. Untuk jual beli di bawah 1 daniq perak para Sahabat yang berdagang di pasar Baqi' al Zubair - pasar pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW pada tahun 1 Hijriah, merelakan saja barang dagangan remeh temeh mereka menjadi sedekah.

Biasanya jual beli makanan pokok selalu ditakar, sehingga beberapa butir kurma menjadi sedekah bagi dhuafa yang memerlukan, mereka ini kebanyakkan kaum Muhajirin yang bermukim di serambi Masjid Nabawi, yang disebut ahlus sufa - asal kata sufi - yang berarti berselimut sambil belajar dan berdzikir. Sering kali anak-anak muslim menjual tenaga mereka untuk membantu pedagang agar mendapat upah berupa jajanan/manisan, setelah mereka menuntut ilmu di madrasah bersama ahlus sufa.

Keperluan akan fulus (koin tembaga) baru dimulai ketika Islam telah sampai Negeri Syam. Atas desakan warga Yahudi di daerah eks Romawi, Khalifah Umar Ibn Khattab RA mencetak koin fulus pada tahun 637 M, dicetak oleh percetakan Yahudi dengan meniru koin dirham sasanid. Fulus ini berlaku khusus di pasar di pemukiman Yahudi di Palestin dan Syiria. Ya, kerana mereka terlalu bakhil untuk menyedekahkan sekedar sekeping manisan atau sebutir kurma!

Tak lama kemudian, Khalifah Umar Ibn Khattab RA merasa cemas kalau nantinya fulus menyusup masuk ke Haramain (Mekkah dan Madinah). Maka beliau segera mencetak koin dirham Islam pada tahun 20 H / 641 M (Baca: Umar Ibn Khattab Pelopor Dirham Islam, artikel 25-6-2009 ). Artinya meskipun Umar Ibn Khattab RA mengizinkan fulus dicetak khusus untuk warga Yahudi, tetapi beliau telah membaca kesan buruk dari beredarnya fulus di Darul Islam.

Kaum muslimin sesungguhnya tidak memerlukan fulus sama sekali, Ulama Salaf membatasi penggunaan fulus untuk menegakkan muamalat, dari segala transaksi hanya sedekah biasa saja yang boleh menggunakan fulus - itupun derajatnya lebih rendah dari sedekah berupa senyuman seorang muslim. Dalam Kitab Muamalah, bab al bai’, disebutkan larangan jual beli oleh anak kecil, ini menjelaskan bahwa jual beli remeh temeh (biasanya dengan fulus) bukan termasuk tijarah. Dicetaknya fulus bukan untuk digunakan, tetapi untuk ditolak oleh umat Islam, dan menjauhkan sifat bakhil, juga menjauhkan riba.

Baru pada masa Sultan Kamil Ayyubi, tahun 609 H, fulus rasmi pertama kali dicetak oleh pemerintah Islam, yang diedarkan sebagai wang kecil atau recehan, setelah ratusan tahun diboikot oleh para khalifah sejak zaman Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu. Saat pertama kali diedarkan kembali, nilai tukar 1 Dirham = 6 daniq = 24 fulus. Kala itu ulama langsung memprotes kehadiran fulus meski koin tersebut mengandungi chop sultan. Sehingga fulus menjadi kurang popular dikalangan masyarakat.

Baru pada masa Dinasti Mamluk (Mesir), Sultan Zhahir Barquq dan anaknya, Sultan Faraj bin Barquq (1399 - 1412 M), fulus menjadi popular. Pencetakan wang fulus tembaga menjadi agenda utama kerajaan. Pencetakan fulus lebih menguntungkan, kerana nilai nominalnya (nilai yang diletakkan keatasnya)  lebih tinggi dari ’ain (intrinsic) bahannya atau yang lazim disebut Seigniorage. Dibandingkan dengan yang dihasilkan dari pembuatan Dinar Dirham magsyusah, sekalipun harus dengan mencuri kadarnya dengan dicampur tembaga, fulus lebih menguntungkan lagi. Untuk memproduksi fulus, kerajaan menarik semua Dinar Dirham lama dari peredaran, kemudian diekpot ke Eropah untuk membeli tembaga dalam jumlah besar, agar mendapatkan keuntungan yang berlimpah. Memang dalam jangka pendek, dengan beredarnya fulus, nampak kerajaan menjadi lebih makmur, anggaran belanja askarnya dan segala projek pemerintah yang dibiayai oleh koin-koin tembaga ini meningkat tinggi. Gaji tentara dan pegawai dinaikkan, roda perekonomian bergerak lebih hebat, kerana wang berada di mana-mana, memicu rakyat untuk lebih produktif dalam membuat beraneka barang dan perkhidmatan.

Tapi, di sebalik keberhasilan tersebut, ada yang luput dari perhatian sultan, iaitu terjadinya inflasi nilai wang, dengan naiknya harga barang dan perkhidmatan. Pemerintah mengatasi hal ini dengan menaikkan gaji tentara dan pegawainya, bahkan memberi bantuan wang tunai langsung bagi kaum dhuafa. Caranya dengan menilai semula nilai fulus, yakni merubah koin dari misalnya bernominal 1 fulus menjadi 2 fulus pada ukuran koin tembaga yang nyaris sama yang dilebur semula.

Padahal ini adalah perompakan jerih payah penduduk yang disimpan dalam bentuk koin tembaga, kerana sebagai logam beratnya nyaris sama, tetapi harganya dibuat menjadi dua kali ganda dari koin asal ? Begitu pula seterusnya, pemerintah terus mencetak fulus dalam berbagai nominal. Penduduk diwajibkan untuk menilai fulus dari nominal yang tertera bukan dari berat dan nilai logamnya, yang disebut syilingtoken atau wang tanda.

Apabila Fulus melimpah Inflasi mulai tak terkendali, sebab pemerintah terus memncetaki fulus, katanya untuk mengatasi lonjakan harga. Sultan, bahkan mulai menangkap pedagang yang menaikan harga dagangannya, dan mereka dituding sebagai biang kerok rusaknya ekonomi. Tapi rejim penguasa lupa, bahwa justru , idea ‘pintar ‘ merekalah sebenarnya  yang menjadi akar masalah dengan melimpahnya fulus. Kerana wang fulus terus merosot nilainya, rakyat menjadi gusar, Dinar Dirham yang tersisa ramai-ramai dilebur menjadi perhiasan, bahkan menjadi pelana dan bejana. Dengan hilangnya nuqud dari peredaran, rukun zakat mal menjadi kacau bilau dalam penerapannya. Dan timbullah bid'ah dengan menetapkan zakat yang nisab dan pembayarannya dengan fulus (seperti yang lazim dilakukan hari ini, zakat uang kertas?).

Ketika kemarau panjang terjadi, menyebabkan kemarau dan pertanian tidak menjadi, hewan ternak mati kehausan dan kelaparan, penduduk mendesak pemerintah untuk segera mengimport bahan asasi dari luar negera. Tapi import telah gagal sama sekalu, lantaran kerajaan tidak memiliki emas perak yang cukup, kerana tabungan negara hanya terisi hanya dengan syiling – syiling tembaga, yang dinilai sangat murah di luar negara, itupun harus dijual dengan longgokan secara timbang logam. Akibatnya makanan asasi pun sulit didapati, kalaupun ada pun, harganya telah melambung tinggi.

Untuk mengatasi kewangan negara yang semkin kritikal, Sultan menaikan sewa tanah, padahal petani dan penternak sudah tidak memiliki wang lagi - habis untuk mempertahankan hidup. Mulailah timbul pemberontakan di mana-mana, sementara rejzim penguasa mengatasinya dengan tangan besi, dan menuding mereka sebagai khawarij.

Padahal siapa yang memulai bencana ini? Keadaan semakin parah, sebahagian rakyat di pedalaman meninggalkan desa-desa mereka, dan membiarkan ladang-ladang menjadi tandus tak terurus. Mereka terpaksa berhijrah ke negeri muslim lainnya, kerana terancam mati kelaparan dan tidak sanggup lagi membayar sewa.

Para penduduki Mesir ramai yang mati dalami perjalanan, kerana kehabisan bekalan, terutama yang masih kecil atau yang berusia lanjut. Setibanya di perantauan, sebahagian dari mereka yang tidak memiliki pekerjaan ,terus menjadi pengemis dan merempat. Bagi mereka yang terlalu miskin, terpaksa harus bertahan di desanya, menikmati kelaparan, hidup dan mati sama saja bagi mereka. Pekerjaan mereka, tiada lain hanyalah salat, membaca al Qur'an dan berzikir. Di sinilah sufi berkembang subur. Mereka tak mampu mendatangi ulama, sehingga ilmu agama mereka pun sangat minimum, kerana untuk mendapat makan sahaja pun susah - jadilah negeri ini dipenuhi oleh fuqara.

Al Maqrizi mengungkapkan peristiwa ini dalam Iqhatsah al Ummah bi Kashf al Ghummah, tahun 808 H / 1405 M. Beliau menerangkan bahwa penyebab inflasi kewangan yang mendorong naiknya harga-harga adalah fenomena fulus yang menggantikan Dirham, sebagai hukum ekonomi: wang yang buruk menyingkirkan wang yang baik, orang mengenalnya sebagai Hukum Gresham. Tapi, menisbatkan hukum ini kepada Gresham tidaklah benar, karena al Maqrizi wafat tahun 1442 M, sedangkan Gresham wafat tahun 1579 M, perbezaan suatu rentang masa 150 tahun.

Kita yang hidup hari ini harus belajar dari peristiwa "bencana kerana fulus" ini. Langkah untuk mengatasi segala bentuk bencana kemiskinan dan semua akibatnya saat ini, tiada lain, adalah mengambil jalan sebaliknya: kurangi dan tinggalkan fulus, dan kembali gunakan nuqud, Dinar emas dan Dirham perak.
 
More Articles...
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 3

Latest Products

2 Dirham Kelantan
2 Dirham Kelantan
RM50.00

5 Dirham Kelantan
5 Dirham Kelantan
RM125.00

BUKU : The Return of the Islamic Gold Dinar
BUKU : The Return of the Islamic Gold Dinar
RM30.00

Implimentasi dinar dan dirham

Harga Dinar Kelantan


KLIK PADA GAMBAR DINAR UNTUK
HARGA DINAR & DIRHAM KELANTAN

Sweet Stevia Pemanis Tanpa Gula

Pengganti Gula Mengelak Kencing Manis

1 Botol = RM 19.90

Dinar IGD
Dinar IGD
RM760.00
1 DINAR MUSLIM
1 DINAR MUSLIM
RM760.00
5 Dirham Kelantan
5 Dirham Kelantan
RM125.00
2 Dirham Kelantan
2 Dirham Kelantan
RM50.00
BUKU : The Return of the Islamic Gold Dinar
BUKU : The Return of the Islamic Gold Dinar
RM30.00
UNTUK PESANAN ONLINE
DOUBLE KLIK PADA PRODUK

Crash Course

Iklan

Surah Al Waqiah


Editor




Al - Faqir Ust. Hj Rafidi Hashim
019 4365763
email : dirham2d@gmail.com
pd7178@yahoo.com.my




Facebook Ust Rafidi Hashim


Wang Kertas bukan barang ('ain) tetapi hutang

User online

We have 9 guests online

US PRINTING MONEY

Click to enlarge
Live Spot Gold Price



Harga emas semasa


Sembang dinar


US Dollar index

[Most Recent USD from www.kitco.com]